Thursday 30 April 2015

ANAK MENGADA-NGADA? 5 TANDA KANAK-KANAK MENGADA-NGADA

Bila anak-anak mengada-ngada, apa yang ibu atau ayah lakukan? Anak adalah permata hati bagi ibu ayah.. Tetapi apabila anak-anak menunjukkan kerenahnya yang mengada-ngada, sebenarnya ia bukanlah satu masalah yang besar!


Mari kita lihat, ape yang kita boleh lakukan untuk menangani masalah anak yang bersifat mengada-ngada ini..


Tindakan Ibu Ayah Apabila Anak Bersifat Mengada-ngada


1 - Merengek Tanpa Sebab
Perasaan cemburu memang ada dalam diri manusia dan sukar dibendung.. Tidak terkecuali kanak-kanak juga mempunyai perasaan cemburu.. Kehadiran adik baru, membuatkannya berasa cemburu apabila dia merasakan dirinya tidak lagi disayangi oleh ibu dan ayah..

Perasaan cemburunya lebih membuak apabila perhatian yang diberikan pada adiknya melebihi dari dia.. Disebabkan itu, dia akan merengek tanpa diketahui sebab munasabah.. Ini disebabkan kerana mereka gagal mengawal emosi mereka.. 


Walaupun sudah diberitahu bahawa kita sayangkan dia, namun dia masih juga melakukan kerenah mengada-ngadanya itu.. Kadang-kadang, boleh menguji tahap kesabaran kita sebagai ibubapa.. Jadi, apakah tindakan kita?

Tindakan kita :
Luangkan masa dengannya dan ajak dia bermain bersama-sama.. Diwaktu ini, jangan lakukan perkara lain, hanya fokus kepadanya sahaja.. Dengan cara ini, dia akan merasakan dirinya disayangi oleh ibu dan ayahnya..

2 - Menangis Apabila Permintaannya Tidak Dipenuhi
Kebanyakan kanak-kanak pasti akan mengamuk tidak kira di mana jua sekiranya permintaannya tidak dituruti.. Malahan, ada sesetengah daripadanya akan berguling-guling dilantai walaupun sudah dipujuk..


Pakar kanak-kanak mengatakan, ianya adalah  lumrah bagi anak-anak mengamuk terutamanya pada usia sekitar 16 bulan hingga 3 tahun.. Ianya adalah satu perkembangan yang normal kerana pada peringkat ini, mereka mempunyai kemahuan yang tinggi..

Pada usia dua tahun juga mereka mempunyai sifat pentingkan diri.. Kanak-kanak pada peringkat ini akan mengamuk jika tidak dapat melakukan tugasan atau memanipulasikan mainan seperti kehendak mereka..

Tindakan Kita :
Ibu atau ayah boleh cuba mengalih perhatian anak apabila ternampak tanda-tanda seperti dia akan mengamuk seperti muka anak merah atau mula hendak menangis..

Tenang menghadapi kerenah anak dan elakkan daripada memarahi atau menjerit padanya kerana itu tidak membantu.. Memberi pelukan dan ciuman amat membantu untuk menenangkannya..

3 - Memilih Makanan
Masalah memilih makanan ini juga sering dialami oleh ibu-ibu.. Bermacam cara dibuat seperti menghidangkan pelbagai jenis makanan, rupa (bento), pelbagai variasi la namun tetap tidak dapat nak pancing selera anak-anak..


Ada juga sesetengah daripadanya akan meminta ibunya memasak makanan yang dia inginkan, namun selepas dimasak dia langsung tidak menjamahnya.. Kerenahnya ini memang boleh buatkan kita hilang kesabaran.. Lebih memeranjatkan, mereka meminta kita membeli makanan ringan!

Tindakan Kita :
Kita perlu memastikan waktu makan berjalan dalam suasana yang menggembirakan terutamanya anak-anak.. Disamping itu, disiplin waktu makan amat penting untuk mengajar mereka adab tertib ketika makan..

Ajak anak-anak makan bersama-sama anda.. Hindarkan memberi snek diluar waktu makan, kerana itu juga menjadi punca mengapa mereka menolak waktu makan.. Ini kerana mereka sudah kenyang dengan snek!

4 - Suka Merajuk
Kanak-kanak yang suka merajuk adalah kerana hati mereka yang kurang selesa.. Mereka marah tidak diberikan perhatian dan mengalihkan marahnya pada merajuk..


Dengan cara ini, orang akan tahu yang dia sedang marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri.. Kadang-kala mereka akan memerapkan dirinya didalam bilik untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya pada kita.. Tetapi, pada masa yang sama dia mahukan kita memujuknya..

Tindakan Kita :
Untuk memujuknya, biarkan dia seketika untuk dia redakan rasa tidak puas hatinya itu.. Kemudian barulah kita pergi kepadanya dan bertanyalah kepadanya dengan penuh kasih sayang sambil memeluknya, mengapa dia bersikap begitu..

Katakan padanya, kita amat menyayanginya dan berharap dia dapat menunjukkan sikap yang baik setiap masa..

5 - Membantah Cakap Anda
Ramai juga ibubapa yang mengeluh tentang sikap anak mereka yang tidak mahu mengikut atau mendengar apa yang mereka perintahkan.. 


Setiap kali diminta untuk mengemas mainannya, jangan menyepahkan baran mainan, jangan menonton televisyen terlalu lama, namun ada sahaja alasan yang diberikan oleh anak-anak.. Walaupun kita sudah beritahu itu adalah sikap yang tidak baik..

Tindakan Kita :
Biasakan diri kita untuk mendengar alasan anak, kemudian tanyakan kepadanya mengapa dia tidak mahu mengikuti perintah kita.. 

Jelaskan kepadanya mengapa dia harus mendengar nasihat kita dan bercakaplah dengan nada yang lembut tetapi tegas dengan menjelaskan bahawa kita tidak menyukai sikapnya yang tidak menghormati kita..

Sekarang ibu-ibu dan ayah-ayah sudah faham kan bagaimana kita mahu menangani masalah anak yang bersifat mengada-ngada ini? Yang penting, kita perlukan banyak kesabaran dalam menghadapi perangai anak-anak ini.. Ibu juga cuba belajar bersabar juga sekarang ini.. huhuhu

Sekian perkongsian ibu pada hari ini.. Jumpa lagi dilain entry ye..

Wednesday 29 April 2015

10 KEBAIKAN MEALSHAKE SEBAGAI MAKANAN TAMBAHAN KEPADA KANAK-KANAK

Ibu-ibu, adakah anda perasan anak-anak zaman sekarang ini tidak sama seperti zaman kita dahulu?? Pada zaman kita, setiap hari, ade sahaja aktiviti kita yang memang akan mengeluarkan peluh.. Tetapi sekarang, anak-anak kita lebih suka melayan game di smartphone mahupun laptop..

Malahan, dulu-dulu jajan (makanan ringan) jarang sekali mak kita belikan untuk kita.. Makanan kita dahulu pun tidak terdedah dengan bahan kimia.. Makanan yang selalu dihidangkan oleh mak kita pasti seimbang dengan adanya sayur, ayam, ikan dan lain-lain..

Namun sekarang amat berbeza sekali.. Sekarang ini anak-anak kita lebih terdedah dengan makanan segera seperti jajan, pizza, KFC, sosej, burger dan lain-lain.. Jadi, dari mana anak-anak kita hendak mendapat khasiat dan zat yang sangat diperlukan oleh tubuhnya??


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Anak-anak kita sekarang pun sudah pandai memilih dalam bab makanan (picky eater).. Dia hanya mahukan makanan kegemarannya sahaja contohnya kalau dia suka ayam goreng, hanya ayam goreng itu sahaja lah yang dia mahukan.. Makanan lain seperti nasi, sayur, ikan dan lain-lain dia tidak akan menjamah sedikitpun..

Jadi, kita sebagai ibubapa bagaimana kita mahu menolong anak-anak kita mendapat sumber nutrient dan zat yang diperlukan oleh tubuh mereka? Supaya mereka lebih sihat, aktif, bertenaga, jarang sakit seperti selsema, demam dan batuk..

Disini, ibu ingin kongsikan makanan tambahan yang terbaik untuk anak-anak kita.. Makanan tambahan ini mengandungi segala nutrient, vitamin dan zat-zat yang amat diperlukan oleh tubuh anak kita.. Makanan tambahan yang ibu maksudkan adalah Mealshake..


KENAPA MEALSHAKE PENTING KEPADA ANAK?


1- MENGANDUNGI KARBOHIDRAT - GI RENDAH
Karbohidrat berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada tubuh anak-anak.. Memandangkan anak yang aktif memerlukan tenaga yang lebih maka dengan pengambilan mealshake dapat membantu memberi tenaga kepada simanja yang sedang aktif..

 Glisemik Indeks (GI) yang rendah pula berfungsi untuk memberi tenaga secara perlahan-lahan.. Dengan perlepasan karbohidrat secara perlahan-lahan tidak lah membuatkan anak-anak mengantuk dan ianya sesuai untuk kanak-kanak obesiti kerana kandungan gulanya tidak berlebihan..

2- MENGANDUNGI PROTEIN - 9 AMINO ACID
Mealshake mengandungi protin yang lengkap dengan 9 amino acid yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.. Untuk pertumbuhan yang baik bagi kanak-kanak yang sedang aktif ini, keperluan amino acid ini amatlah perlu.. Amino acid dapat membantu pemulihan tisu badan dan sangat penting untuk pertumbuhan anak-anak yang sihat..


3- MERUPAKAN ANTIOXIDANTS DAN MENGANDUNGI VITAMIN A,C,E
Mealshake yang bersifat antioksidan ini sangat bagus untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit sensitif.. Masalah kulit sensitif yang dimaksudkan adalah seperti terdapat bekas gigitan nyamuk, masalah eczema dan lain-lain, cubalah bagi mealshake insyaallah berkesan.. Baguskan, bukan sahaja untuk kesihatan tapi juga untuk mencantikkan kulit..

4- DIETRY FIBER
Pasti ada dikalangan anak-anak kita ini mempunyai anak picky eater (memilih makanan) kan.. Jadi sudah tentulah hendak memakan sayur atau buahan pun susah.. Jadi, anak-anak sebegini pasti akan mengalami masalah sembelit.. 

Kasihankan apabila melihat anak meneran hendak membuang air besar sehingga menangis-nangis.. Kadang-kala, sehingga keluar darah akibat dari sembelit yang dialaminya.. 

Fiber yang terkandung di dalam Mealshake amat membantu menyelesaikan masalah sembelit yang dihadapi oleh anak-anak..
   
5- MENGANDUNGI VITAMIN B
Terdapat dua jenis vitamin B yang terdapat didalam Mealshake ini iaitu B6 dan B12.. Fungsi B6 adalah untuk metabolisma dan penyerapan protin serta metabolisma karbohidrat.. 

Malah membantu membina sel darah merah, meningkatkan fungsi sistem saraf dan otak.. Jika kekurangan sumber vitamin B6 ini, kanak-kanak akan mengalami masalah sawan, anemia dan gatal-gatal pada kulit atau menjadi kulit bersisik..

Manakala fungsi vitamin B12 pula adalah membina bahan ginetik dan membantu pembentukan sel darah merah.. Jika kekurangan vitamin B12 pula akan menyebabkan anemia iaitu kekurangan darah yang boleh menyebabkan kerosakan saraf..

6- MENGANDUNGI SODIUM DAN MAGNESIUM
Sodium dan Magnesium ini mempunyai peranan yang penting kepada tubuh badan.. Kedua-dua mineral ini membantu menyeimbangkan bendalir didalam badan agar badan kanak-kanak tidak kekurangan cecair.. 

Sekiranya kanak-kanak kekurangan mineral ini mereka akan ternyahhidrat dan akan menyebabkan mereka kelesuan.. Dengan adanya kedua mineral ini akan membantu mereka agar tidak keletihan untuk melakukan aktiviti harian mereka..

7- VITAMIN C YANG DISUKAI RAMAI
Vitamin C amat disukai oleh pelbagai golongan dan ia amat penting kepada tubuh manusia dalam menghalang jangkitan kuman dan membantu meningkatkan sistem imun tubuh.. Vitamin C ini membantu dalam kesihatan gusi, gigi dan kulit.. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan gejala asma..


8- MEALSHAKE ADA VITAMIN A
Tubuh kita amat memerlukan vitamin A terutama mata.. Jika tubuh kekurangan sumber vitamin A, mata akan berpotensi untuk menjadi rabun.. Memandangkan sekarang ini kanak-kanak suka menghadap gadget mereka, potensi untuk mata mereka rabun itu sangat tinggi..

Untuk mendapat sumber vitamin A ini, ibu-ibu boleh memberi anak-anak makan lobak tetapi tidak semua kanak-kanak suka makan lobak kan?? Jalan penyelesaiannya, ibu-ibu boleh memberi mealshake kepada anak untuk menambah sumber nutrient tersebut ke tubuh anak..


9- KALSIUM DAN VITAMIN D
Bila sebut sahaja kalsium perkara utama yang keluar adalah berkaitan tulang.. Betul tak? Haa, untuk pengetahuan ibu-ibu, bagi memantapkan lagi penyerapan kalsium ini ke dalam tulang, ia perlulah diambil bersama vitamin D.. 

Mana nak cari vitamin D?? Dalam Mealshake sudah siap sedia ada dua gabungan mantap ini, jadi ibu-ibu tidak perlu risau lagi tentangnya..


10- MEALSHAKE MENGANDUNGI IRON dan VITAMIN B12
Iron dan vitamin B12 amat penting dalam pembinaan sel-sel darah merah.. Sel-sel darah merah ini berfungsi sebagai membawa oksigen ke otak.. Apabila kanak-kanak kekurangan iron dan vitamin B12, ini akan menyebabkan mereka mengalami anemia iaitu kekurangan sel darah merah.. 

Apabila mereka kekurangan sel darah merah mereka akan cepat letih, kurang tumpuan, lesu dan tidak bermaya.. Dengan adanya Mealshake yang mengandungi iron dan vitamin B12, ini dapat membantu mereka lebih bertenaga, aktif dan dapat memberi tumpuan ketika belajar..


Bagaimana ibu-ibu? Adakah anda rasa, anak-anak anda perlu mengambil mealshake sebagai makanan tambahan untuk mereka? Bagi pendapat ibu, ianya perlu kerana dapat membantu menambah segala nutrient dan vitamin yang anak-anak kita tidak perolehi dari makanan harian mereka..

Sekiranya ibu-ibu berminat mahu mendapatkan Mealshake tersebut, boleh la menghubungi ibu..

Whatsapp ibu - 0179563621

Tuesday 28 April 2015

Ibu, Belailah Kulit Lembut Saya!

Assalamualaikum semua.. Hari ini ibu nak kongsikan masalah-masalah kulit yang sering menyerang simanja kita.. Kulitnya yang sangat lembut dan mengasyikkan apabila disentuh.. 

Kulit bayi sangat nipis, lembut dan kurang berminyak berbanding orang dewasa.. Kulitnya juga mengeluarkan kurang melanin iaitu bahan yang menghalang kesan panas matahari..

Bayi juga sentiasa berpeluh menjadikannya amat sukar untuk mengekalkan suhu badan dalaman mereka.. Pada minggu pertama selepas lahir, bayi akan menyimpan sedikit hormon ibu.. 

Sebahagian masalah kulit yang ringan-ringan seperti masalah ruam akan mudah hilang dengan sendirinya.. Namun, terdapat beberapa masalah kulit yang kerap berlaku kepada bayi tetapi biasanya mudah diuruskan..


Masalah Kulit yang biasa Menyerang Bayi


¤ Ruam Panas
Ruam panas ini seperti jerawat kecil yang berwarna merah jambu dan ianya biasa terdapat dibahagian badan.. Ruam panas terjadi disebabkan cuaca yang panas, kelembapan dan kelenjar peluh yang tidak terbentuk..


Jangan memakaikan bayi baju yang tebal ataupun duduk di bilik yang panas.. Sentiasa pakaikan pakaian yang longgar, bersih dan sentiasa pastikan kulitnya kering..

¤ Akne Bayi
Akne bayi adalah tanda merah jambu pada muka bayi.. Apabila bayi lahir, mereka masih menyimpan hormon ibu dalam jangka masa yang singkat.. 


Kebiasaannya, ia akan hilang dengan sendirinya dalam minggu pertama kelahirannya..

¤ Kerak Kepala
Kerak kepala ini adalah kepingan keras yang terdapat diatas kulit kepala.. Kelenjar kulit kepala bayi yang terlalu aktif menjadi punca kepada masalah ini.. 


Sapukan secara lembut dengan menggunakan minya bayi dan biarkan beberapa minit.. Kemudian, cuci dengan syampu bayi dan setelah itu, gunakan berus sikat rambut bayi untuk hilangkan kepingan kerak tersebut..

¤ Ekzema
Ekzema ini adalah dimana keadaan kulit yang merah, gatal, dan bersisik... Ianya paling biasa terjadi dikawasan muka dan lipatan kulit seperti di bahagian siku dan bahagian belakang lutut..


Sentiasa bersihkan dan keringkan kulit anak.. Serta jumpalah pakar kanak-kanak kerana ibu-ibu perlukan produk penjagaan yang khusus untuk bayi yang berkulit sensitif..

Bagi ibu pula, ibu memang mengamalkan satu jenis losyen ni untuk keluarga ibu.. Losyen ini bagi ibu sangat ajaib kerana ianya dapat menyelesaikan pelbagai masalah kulit terutamanya ruam-ruam dan juga eczema..

Ibu-ibu diluar sana yang mempunyai anak yang mengalami masalah kulit, jangan ditangguh untuk mencari produk yang sesuai untuk anak-anak ibu ye..

Sekian, jumpa lagi dilain entry..

Losyen Herbal Blend Mesra Kulit

Assalamualaikum semua.. Hari ini ibu nak ceritakan tentang satu losyen yang ibu dan keluarga ibu memang menggunakannya dan sangat menyukai dengan kelebihan losyen ini.. Ibu akan bawa losyen ini kemana-mana sahaja ibu pergi.. Nama losyen ini adalah Herbal Blend..


Herbal Blend ini sangat berjasa kepada keluarga ibu terutamanya kepada anak-anak ibu.. Herbal blend ini seribu satu kegunaannya.. Sangat sesuai digunakan pada bayi hinggalah golongan dewasa..


Kebaikan dan Manfaat Herbal Blend


Herbal blend adalah krim yang menenangkan dan telah diuji secara klinikal dimana ianya dapat membantu melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku dan juga tumit..

Herbal blend ini dingin, bermenthol tetapi tidak panas seperti minyak angin dan juga tidak berminyak..

Herbal blend diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary..

Ianya juga boleh disapukan pada keseluruhan badan dari muka hinggalah kaki.. Boleh digantikan menjadi losyen utama untuk dipakai setiap hari..


Herbal Blend sesuai untuk Kegunaan Harian


Seperti yang ibu beritahu diatas, losyen ini sesuai untuk digunakan setiap hari dan pelbagai masalah kulit juga insya allah dapat diselesaikan.. Mari kita tengok, masalah ape yang biasa digunakan oleh pengguna tegar losyen ini..

¤ Ruam Lampin
¤ Kesan Gigitan Nyamuk atau Serangga
¤ Ekzema
¤ Ruam Panas
¤ Kembung Perut
¤ Ruam Susu
¤ Tumit Merekah
¤ Kulit kasar, kering dan gatal-gatal
¤ Parut Demam Campak
¤ Luka-luka kecil dan Melecur
¤ Demam
¤ Jerawat

Itulah diantara kegunaan herbal blend kepada masalah kulit kita.. Sebab itulah ibu sangat sayangkan herbal blend ini.. Anak-anak ibu juga sangat menyukai memakai herbal blend ini.. Losyen ini sangat membantu ibu terutama tatkala anak-anak demam..

Testimoni Herbal Blend


Disini, ibu sertakan testimoni yang terkumpul..


Kesan gigitan nyamuk hilang dan tidak menignggalkan parut..

Eczema yang teruk telah pulih setelah menggunakan herbal blend secara konsisten..

Jerawat mula kecut selepas sapukan herbal blend ke atas jerawat..

Luka mula kering setelah disapukan herbal blend..

Ruam lampin tiada lagi setelah mengamalkan herbal blend..



Ibu sudah menyediakan dan mengamalkan untuk keluarga ibu.. Ibu-ibu diluar sana tidak mahukah yang terbaik untuk keluarga terutama pada anak-anak ibu? Jangan ditangguhkan niat yang baik untuk keluarga ibu..

Sekiranya ibu-ibu mahupun ayah-ayah berminat hendak membeli Herbal Blend ini, boleh la menghubungi ibu..

Whatsapp ibu - 0179563621

Monday 27 April 2015

Jom Kenali Tubuh Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum semua ibu-ibu, ayah-ayah, bakal ibu dan juga bakal ayah.. Hari ini ibu nak cerita tentang perihal tubuh bayi baru lahir.. Kita sebagai ibu dan ayah perlu kenali tubuh bayi kita yang baru lahir kerana senang untuk kita menguruskan bayi kita nanti..


Untuk pengetahuan ibu dan ayah, bayi yang baru lahir mempunyai struktur tubuh yang lebih kurang sama tetapi kita juga masih perlu mengetahui mengenai organ dalaman dan luaran tubuhnya.. Kebiasaannya, organ dalaman bayi belum berfungsi dengan sempurna namun seiring dengan waktu organ-organ tersebut akan berfungsi dengan normal akhirnya..


Bahagian Tubuh Bayi yang Perlu Diketahui


Jantung, Peredaran Darah dan Paru-paru..
Jantung merupakan organ tubuh yang hanya sebesar penumbuk tangan.. Jantung mempunyai empat bahagian iaitu dua disebelah kiri, dua disebelah kanan dengan fungsi yang berbeza.. Keadaan jantung bayi ketika masih didalam kandungan sangat berbeza dengan keadaan selepas dilahirkan..

Peredaran darah dari jantung sebelah kiri dapat terus melalui jantung sebelah kanan dan begitu jugalah sebaliknya.. Akibat daripada itu, darah bersih dapat bercampur aduk dengan darah kotor..

Tetapi, ianya tidak menjadi masalah kerana ketika didalam kandungan janin menerima darah dan oksigen daripada ibu menerusi plasenta.. Setelah beberapa jam bayi dilahirkan, saluran tersebut secara automatik akan tertutup..

Ketika lahir, paru-paru bayi sudah boleh berfungsi sehingga menimbulkan tekanan darah yang kuat disekitarnya.. Tekanan tersebut mengakibatkan bahagian kiri dan kanan jantung tertutup.. Sekiranya saluran peredaran darah tersebut tidak tertutup lebih daripada 24 jam, maka ia menunjukkan jantung bayi mengalami kebocoran..

Ubun-ubun Bayi..
Ubun-ubun terletak diatas kepala bayi dan jika disentuh ianya sangat lebut dan lembik.. Ianya juga dikenali sebagai fontanel yang dilapisi oleh membran yang sangat kuat untuk melindunginya..

Kepala bayi dibentuk oleh beberapa plat tulang iaitu satu tulang dibahagian belakang (tulang oksipital), dua tulang didepan (tulang frontal).. Diantara tulang-tulang yang belum bersambung terdapat bahagian yang dipanggil sutura.. Sutura-sutura ini ada yang menegak dan ada yang melintang.. Titik silang itulah membentuk ubun-ubun depan (besar) dan ubun-ubun belakang (kecil)..

Kebiasaannya, ubun-ubun akan tertutup apabila bayi berusia 18 bulan.. Tulang tengkorak biasanya dilihat melalui bentuk kepala yang tidak normal.. Ia terjadi kerana pertumbuhan kepala cenderung mengarah ke tulang yang suturanya menutup ke belakang..

Sekiranya ubun-ubun itu tertutup dengan cepat, ianya disebabkan oleh jangkitan ketika hamil atau ada gangguan pasa perkembangan jaringan otak dan kelainan tulang.. Perkembangan otak bayi akan terganggu sekiranya ubun-ubun tertutup dengan cepat.. Sel-sel otak yang sepatutnya berkembang dengan pesat tertahan oleh tulang tengkoraknya sendiri.. Kecacatan ini biasanya disebut cerebral palsy..

Usus Besar..
Setelah lahir, sepatutnya bayi sudah boleh membuang air besar dalam masa 24 jam.. Najis yang keluar pada hari pertama dan kedua dipanggil mekonium yang berwarna hitam atau gelap..

Masuk hari ketiga, najisnya akan bertukar warna kerana sudah bercampur dengan susu.. Bayi yang menyusu susu ibu akan kerap buang air besar pada minggu-minggu pertamanya iaitu lebih enam kali sehari..

Mata Cantik Bayi..
Mata bayi bagi masyarakat asia kebiasaannya berwarna kehitam-hitaman.. Warna mata sebenar bayi mungkin belum berkembang sehingga bayi berusia kira-kira enam bulan keatas.. Kelopak mata bayi yang membengkak setelah dilahirkan adalah disebabkan tekanan semasa kelahiran..


Tetapi pastikan doktor memeriksa mata bayi kerana dibimbangi terdapat jangkitan dimata bayi.. Kadang-kadang kita akan lihat mata bayi seakan-akan juling, tetapi jangan risau kerana itu perkara biasa.. Mata bayi ada kalanya akan kelihatan juling pada bula-bulan pertama kelahiran..

Lidah Bayi..
Lidah bayi mungkin kelihatan tersauh pada lantai mulut.. Disebabkan itu, hujung lidahnya kelihatan bercabang sedikit apabila bayi menjulurkan lidahnya keluar.. Hujung lidahnya akan tumbuh ke hadapan pada tahun pertama..

Tangan dan Kaki si kecil..
Pada awal-awal kelahirannya, mungkin akan kelihatan kebiru-biruan kerana peredaran darahnya masih belum berfungsi dengan sempurna.. Apabila kita mengalihkan bayi ke kedudukan lain, warna ini sepatutnya bertukar menjadi merah jambu..


Payu dara..
Payudara bayi mungkin bengkak sedikit.. Ianya merupakan perkara biasa bagi kedua-dua jantina.. Bengkak ini akan susut dalam jangka masa dua hari..

Selain itu, payudara bayi juga mugkin akan mengeluarkan sedikit susu.. Jangan sesekali cuba memicit keluar susu itu..

Kemaluan..
Kemaluan akan kelihatan besar bagi kedua-dua jantina.. Ia akan susut dalam masa beberapa minggu.. Akan terdapat sedikit lelehan pada kemaluan bayi perempuan yang disebabkan oleh hormon ibunya dan akan hilang kemudian.. Zakar bayi lelaki pula akan tertarik ke atas groinnya..

Tali Pusat
Tali pusat bayi kebiasaannya akan mengambil masa seminggu untuk tertanggal.. Jangan sesekali cuba menariknya.. Sentiasa bersihkan dan keringkan tali pusat itu setelah mandi..

Itulah serba sedikit tentang tubuh bayi yang baru dilahirkan.. Semoga perkongsian serba sedikit ini dapat membantu bakal-bakal ibu dan ayah untuk menjaga bayi kalian..

Jumpa lagi dilain entry.. 

Friday 24 April 2015

Resepi Kerabu Rumpai Laut Sedap

Sebenarnya dah lama ibu nak buat kerabu rumpai laut ni, tapi sebabkan bukan musim mempelam, tangguh la dulu niat tu.. Dulu sebelum ibu join bisnes Shaklee ni, ibu cuba jual rumpai laut.. Tapi banyak stok yang tak habis..

Daripada dibiarkan sahaja rumpai laut tu, lebih baik ibu jadikannya kerabu rumpai laut kan? Mula-mula yang boleh terjebak dengan kerabu rumpai laut ni, kawan mak mertua ibu lah yang memperkenalkannya.. Memang sedap sangat dia buat..

Hari ni, ibu cuba buat sendiri pula.. Mari ibu kongsikan resepi kerabu rumpai laut..

Cara Membuat Kerabu Rumpai Laut..


Bahan-bahannya:

Rumpai laut (ibu guna 3paket 500gm)
Kacang panjang
Serai
Cili
Bawang kecil
Mempelam
Udang kering
Daun ketumbar
Limau nipis
Cuka
Garam
Gula
Badam (nak letak pun boleh, ibu xletak sbb lupa nak beli)


Cara membuatnya :

1- Mula-mula basuh sehingga bersih rumpai laut tersebut dan rendam semalaman.. Ibu guna rumpai laut berwarna kuning.. Setelah rendam semalaman, basuh semula rumpai laut itu dan buang airnya.. Guntingkan halus2 rumpai laut tersebut..


2. Mayangkan halus-halus serai, bawang kecil, cili dan daun ketumbar..

3. Hiris nipis-nipis mempelam.. Ibu guna mempelam muda.. Sebab pokok mempelam baru je berbuah, tak sempat nak tunggu dia masak.. 

4. Udang kering dan badam digoreng tanpa minyak (jangan sampai hangus) dan diblenkan separuh hancur..

5. Setelah itu, campurkan kesemua bahan-bahan tersebut kedalam bekas, perahkan limau nipis, cuka, gula dan garam secukup rasa (ibu main agak-agak je letak semua tu)..

6. Gaulkan sehingga sebati.. Dah siap untuk dihidangkan.. Korang kalau nak makan sendiri, boleh gunakan 1paket 500gm je..


inilah rupa kerabu rumpai laut.. nak perbanyakkan bahan lain daripada rumpai laut pun boleh..
Siap sudah resepi kerabu rumpai laut.. Selamat mencuba ye kawan-kawan.. Sekali pekena memang nak lagi.. Lepas ni ibu nak try buat guna rumpai laut warna ungu dan hijau pulak.. Nanti ibu bagitahu ape rasanya ye..



Thursday 23 April 2015

PENGEDAR SHAKLEE TAMAN TAS KUANTAN PAHANG

Sebelum ini ibu ada beritahu yang ibu menjalankan perniagaan online iaitu dengan menjual produk jenama SHAKLEE.. Anda boleh membacanya di sini Siapa Ibu?..


Untuk pengetahuan kalian, ibu adalah pengedar Shaklee yang sah dan ibu Pengedar Shaklee di kawasan Taman Tas Kuantan Pahang.. Bagi pelanggan-pelanggan ibu yang berada disekitar Taman Tas, Gambang, Inderapura dan sekitar bandar Kuantan, ibu menyediakan perkhidmatan COD (Cash on Delivery)..

Ibu tahu, orang-orang Kuantan lebih menyukai perkhidmatan COD berbanding pengeposan.. Disebabkan itulah ibu sentiasa bersedia untuk menghantar barangan yang di order terus ke rumah kalian ataupun boleh berjumpa dimana-mana yang senang untuk kita berjumpa..

TEMPAT KEBIASAAN JUMPA CUSTOMER


Kebiasaannya, ibu akan berjanji untuk berjumpa dengan customer di Shell Taman Tas.. Namun, ibu juga bersedia untuk berjumpa dimana-mana mengikut permintaan customer ibu..



Kadang-kadang, suami ibu (Fadil) akan take over untuk menghantar barangan customer ibu sekiranya ibu tidak sempat untuk menghantar sendiri..


KONSULTASI PERCUMA


Selain daripada perkhidmatan COD, ibu juga menyediakan konsultasi (follow up) percuma khas untuk customer ibu yang ibu sayangi..

Konsultasi ini ibu akan berikan setelah customer ibu membuat sebarang pembelian daripada ibu..

Sekiranya terdapat pelanggan diluar kawasan yang ibu beritahu diatas, jangan risau, ibu mempunyai downlide dan sideline yang boleh membantu untuk COD barang kalian..

Sekiranya berminat untuk membuat order, jangan segan silu untuk menghubungi ibu ye..

Whatsapp ibu - 0179563621

Wednesday 22 April 2015

MEALSHAKE MENGANDUNGI NUTRISI LENGKAP KEPADA KANAK-KANAK

Ibu-ibu sekarang sudah mula sedar akan kepentingan zat didalam pemakanan anak-anak mereka.. Tidak cukup hanya dengan memberi susu sahaja untuk membekalkan nutrient didalam tubuh anak-anak.. Terutama apabila anak-anak sekarang sudah pandai memilih makanan (picky eater)..



Anak ibu juga seorang yang sangat memilih makanan.. Ketika Haikal kecil dahulu, dia hanya bergantung kepada susu sahaja.. Haikal akan makan apa yang dia suka sahaja.. Tapi lepas ibu ambil ikhtiar untuk menambahkan makanan tambahan didalam susunya, kini dia tidak lagi seorang picky eater..

Dia kini akan makan apa sahaja yang dihidangkan.. Makanan tambahan yang ibu maksudkan tersebut adalah MEALSHAKE.. 

NUTRISI LENGKAP DIDALAM MEALSHAKE


Mealshake menyediakan hidangan lengkap berserta asid amino dan nutrisinya yang mudah diserap oleh tubuh untuk kegunaan harian.. Ianya diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbulmin (sejenis susu) dan lain-lain..

Lactalbumin adalah sejenis bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti serta mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi sehingga dewasa.. Kebiasaannya ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan lain-lain..



Mealshake Shaklee sesuai untuk semua peringkat umur seperti kanak-kanak, bayi ( 1tahun keatas ), pelajar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja dan orang yang suka mengambil makanan segera.. Sekiranya ibu-ibu mencari sarapan terbaik untuk anak-anak, Mealshake adalah jawapannya..


 7 KEBAIKAN YANG TERDAPAT DIDALAM MEALSHAKE


¤ Nutrisi Lengkap - Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.. Sekiranya kekurangan pengambilan zat, ianya akan menyukarkan serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak..

¤ Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh - Diperkaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu dalam pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain..

¤ Membantu didalam Tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina kekuatan tulang dan sel-sel dalam proses pembesaran..

¤ Sumber Anti-oksida - Mengandungi vitamin A, C, E, Zink dan Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan..

¤ Awet Muda - Mengandungi vitamin B yang lengkap dengan zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah / kulit yang lebih cantik..

¤ Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus..

¤ Rasanya yang Sedap - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga.. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.. Lazat untuk dinikmati oleh semua peringkat umur..



KESAYANGAN KELUARGA IBU


Mealshake ini sangat-sangat penting dalam keluarga ibu terutama bagi anak-anak ibu.. Mealshake inilah penyelamat ibu tatkala anak-anak ibu demam atau tidak sihat..

Ibu jadikan Mealshake sebagai pengganti ubat demam kerana Mealshake mengandungi segala nutrient yang diperlukan oleh tubuh dan memberikan tenaga pada tubuh mereka..

Anak-anak ibu juga sangat sukakan mealshake.. Rasa vanillanya amat menarik selera mereka untuk menikmati bancuhan Mealshake yang ibu hidangkan untuk mereka.. Kebiasaannya ibu akan bancuh Mealshake didalam susu mereka sahaja, tetapi jika anak-anak meminta iceblend, ibu akan buat iceblend yang dicampur dengan Mealshake..

Sekiranya ibu-ibu diluar sana mahukan yang terbaik untuk anak-anak, serta mahu membeli Mealshake jangan segan silu untuk menghubungi ibu ye.. 


Whatsapp ibu - 0179563621