Monday 18 May 2015

KENAPA BABY ATAU KANAK-KANAK SUKA HISAP IBU JARI?? ADA MAKSUD TERTENTU KE??

Bila lihat baby hisap ibu jari nampak comel je kan.. Ianya adalah perlakuan biasa bagi setiap kanak-kanak kecil.. Baby suka menghisap jari kerana dia akan berasa selamat dan dapat memberi keselesaan kepada baby tersebut.. Namun, jika tidak dikawal, ianya akan bertukar menjadi tabiat..



Terdapat sesetengah ibubapa agak bimbang dengan keadaan ini kerana jika dibiarkan berterusan akan merosakkan gigi.. Untuk pengetahuan ibu dan ayah, perilaku ini adalah bersifat semulajadi kepada anak kecil kerana boleh menunjukkan tanda dia sedang lapar, mencari keselesaan atau hanya ingin mengenal anggota tubuhnya..

Apabila ibu-ibu ternampak baby sedang menghisap jari, jangan sesekali menarik jarinya keluar daripada mulutnya kerana tindakan itu tidak betul.. Ibu dan ayah hanya perlu ingat bahawa tabiat ini akan beransur hilang apabila baby menginjak usia tiga hingga enam tahun..


Mengapa Bayi Menghisap Ibu Jari??


Kelaparan
Sesetengah kanak-kanak apabila dia sudah selesai menyusu susu formula ataupun susu badan, dia akan perlahan-lahan menukarkan kepada jarinya.. Ada pakar menyatakan bahawa kanak-kanak kecil yang menyusu setiap tiga jam kurang menghisap jari berbanding kanak-kanak yang menyusu empat jam sekali..



Kebiasaannya, kanak-kanak mula menghisap jari ini memberi tanda bahawa mereka sedang kelaparan.. Namun jika selepas makan mereka masih menghisap ibu jari, ibu-ibu perlu menghentikan tabiat itu.. Perilaku ini perlu dihentikan sebelum ianya bertukar menjadi tabiat..

Untuk menghentikannya, ibu-ibu boleh mengalih perhatiannya daripada menghisap ibu jari.. Ibu-ibu boleh mengajaknya bermain dan beraktiviti yang membolehkannya lupa tentang menghisap jari..

Menghisap Puting
Secara amnya, baby yang menyusu susu ibu kurang menghisap jari mereka.. Ini disebabkan baby akan menghisap puting payudara ibu sehingga dia berasa puas.. Biarpun usianya sudah meningkat ke usia dua tahun dan payudara ibu sudah kosong tidak bersusu lagi, dia tetap mencari puting payudara..



Namun, terdapat juga sesetengah ibu yang memberi puting tiruan untuk mengelakkan anak mereka menghisap jari.. Sebenarnya cara ini tidak digalakkan kerana jika baby menghisap susu ibu, baby akan terkeliru dengan puting payudara ibu..

Enam Bulan Masih Menghisap Ibu Jari
Kanak-kanak kecil ini mempunyai satu desakan naluri untuk menghisap ibu jari, tetapi desakan ini akan mula menurun secara semula jadi apabila mereka berusia tiga hingga empat bulan..



Jika mereka masih menghisap jarinya melebihi usia ini, dia melakukannya kerana untuk mencari keselesaan.. Kanak-kanak sebegini, karakternya seorang yang pendiam dan mudah kecewa.. Sebagai jalan keluarnya, dia akan melakukan tabiat menghisap jari itu..

Tumbuh Gigi
Satu lagi petunjuk mengapa baby suka hisap jari kerana gusinya berasa gatal dan giginya mahu tumbuh.. Mungkin dengan cara memasukkan jarinya kedalam mulut dapat memberi kelegaan kepada gusinya yang berasa gatal itu..



Ibu dan ayah harus cuba untuk tidak keliru dalam hal ini.. Baby yang mempunyai tabiat suka menghisap jari mungkin akan meneruskan tabiatnya walaupun sudah tumbuh gigi.. Namun, ianya akan beransur hilang apabila anak-anak mula bersosial dan meneroka persekitarannya dengan lebih luas..


Kesan Negatif Hisap Jari

Menurut sebuah artikel daripada laman web Sihatselalu.com, kanak-kanak berusia bawah enam tahun lebih berisiko tinggi apabila menghisap ibu jari atau puting botol kerana terdapat tekanan dibahagian lelangit.. 

Ketika ini, pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka sangat aktif.. Apabila terdapat tekanan dibahagian lelangit, gigi dan rahang ia boleh menyebabkannya mudah berubah bentuk asal bahagian mulut..

Banyak kajian ortodontik mendapati bahawa amalan menghisap ibu jari ataupun puting susu ini menjadi faktor utama perubahan struktur rahang dan gigi.. 

Selain suka menghisap jari, faktor lain seperti gigi berlapis, bentuk gigi abnormal dan kehilangan gigi akibat kerosakan ataupun kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang..

Sekian dahulu entry kali ini.. Nanti ibu share pula bagaimana terjadinya gigi jongang dikalangan kanak-kanak..

Thursday 7 May 2015

APA MAKSUD PERBEZAAN WARNA NAJIS BAYI?

Bagi yang baru bergelar ibu, pasti berasa pelik mengapa warna najis bayi sering berubah-ubah.. Namun ini bukanlah perkara yang perlu dibimbangkan.. Ianya berubah dari segi tekstur dan warna kerana berlakunya perubahan dalam diet harian bayi..


Bayi yang menyusu badan dan tidak makan makanan pejal akan membuang lebih 4 kali sehari.. Tetapi, sekiranya bayi hanya membuang sekali sehari masih lagi dianggap normal.. Walau bagaimanapun, ibu-ibu perlu memastikan najis tersebut lembut, tidak keras dan mudah keluar..

Manakala, bayi yang menyusu susu formula pula perlu kerap membuang air besar setap hari bagi mengelakkannya menghadapi masalah sembelit.. Najisnya juga akan berubah warna..

KENALI 4 WARNA NAJIS BAYI


Hitam kehijau-hijauan dan melekit
Bagi yang pertama kali bergelar ibu pasti akan terkejut apabila melihat najis bayi berwarna hitam kehijau-hijauan dan melekit-lekit.. Ibu juga begitu dahulu, pelik apabila melihat najis anak ibu yang sulung.. hehehe


Ianya adalah normal bagi setiap bayi yang baru lahir dan ianya dipanggil 'mekonium'.. Untuk pengetahuan ibu-ibu, itulah bentuk bahan buangan bayi ketika di dalam rahim.. Ianya adalah petunjuk yang baik kerana ini menandakan usus tiada gangguan dan dapat mengeluarkan najis dengan sempurna..

Kuning pucuk pisang gelap
Selepas 24 jam pertama bayi dilahirkan, semua mekonium telah dikeluarkan.. Ibu-ibu akan melihat perubahan pada warna najis si manja bertukar warna kuning pucuk pisang gelap..


Kadang-kadang, ada juga kemungkinan mengandungi sedikit kesan darah.. Ianya mungkin disebabkan bayi tertelan darah ibu semasa proses kelahiran.. Untuk lebih kepastian, simpan najis tersebut dan bawa untuk ditunjukkan kepada doktor..

Najis berwarna hitam
Sekiranya ibu-ibu memberikan bayi susu formula yang mengandungi iron-fortified atau vitamin jenis cecair yang mengandungi iron, kemungkinan najsnya akan berwarna hijau, kehijau-hijauan, coklat tua ataupun hitam..


Ada juga sesetengah bayi najisnya berwarna coklat tua, kehijau-hijauan atau hitam kerana tindak balas bakteria yang terdapat didalam ususnya serta pengambilan vitamin yang mengandungi zat besi sulfat..

Sekiranya bayi ibu-ibu mempunyai najis berwarna hitam tetapi tidak mengambil sebarang vitamin atau susu formula yang mengandungi iron, segeralah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut..

Berwarna kuning
Jika bayi mendapat sepenuhnya penyusuan susu ibu tanpa bercampur dengan susu formula, warna kuning ini adalah normal.. Ianya disebabkan oleh foremilk (susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmilk (susu dari belakang payudara ibu) yang bayi dapat dari penyusuan susu ibu sepenuhnya..


Ibu-ibu tidak perlu risau sekiranya najis cair.. Ini kerana bay mendapat penyusuan eksklusif daripada ibunya..

Ibu-ibu tidak perlu risau akan perubahan warna najis bayi.. Cuma jika terdapat perubahan tekstur seperti keras (sembelit) atau terdapat kesan darah, lekaslah bawa berjumpa dengan doktor..

Semoga perkongsian ini dapat membantu para ibu semua ye..

Tuesday 5 May 2015

JOM AJAK ANAK-ANAK MENYANYI!!

Assalamualaikum semua.. Hari ini ibu nak kongsikan beberapa lagu yang boleh kita nyanyi bersama anak-anak.. Ibu suka ajak anak-anak menyanyi sebabnya itu salah satu cara nak ajar dia bercakap.. Ibu ingat lagi, sewaktu anak ibu Haikal kecil dulu, ibu selalu nyanyikan dia lagu Burung Kakak Tua.. 


Satu hari pagi tu, dia bangun dari tido dan terus nyanyi lagu Burung Kakak Tua tu.. Walau tak lancar mana, tapi masih boleh faham ape yang dia nyanyikan tu.. Sejak dari tu, ibu nyanyikan lagu-lagu yang biasa ibu nyanyi sewaktu kecil dulu seperti Twinkle-twinkle Little Star, Rasa Sayang, Baa Baa Black Shepp dan lain-lain..

Anak ibu yang kedua iaitu Haezhal juga suka menyanyi.. Lagu kegemaran dia Nenek Si Bongkok Tiga.. Selain ajar menyanyi, ibu juga berikan kapsul emas kepadanya dan memang cepat bercakap Haezhal ni.. Seawal umur 2tahun, dia dah pandai bina ayat, dah pandai susun perkataan.. 


LIRIK LAGU KANAK-KANAK


LIRIK LAGU BAHASA MALAYSIA

1- Gelang Si Paku Gelang
Gelang si paku gelang
Gelang si rama-rama
Pulang.. marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama
Pulang.. marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama

Kalau ada sumur diladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi

Buah hatiku junjungan jiwa (2x)
Tidurlah tidur ya anak
Ibu dodoikan ya sayang
Dodoi si dodoi..
Dodoi si dodoi..

Janganlah anak suka menangis (2x)
Ayahmu jauh ya anak
Dirantau orang ya sayang
Dodoi si dodoi..
Dodoi si dodoi..

Tidurlah anak dalam ayunan (2x) 
Tidurlah nyenyak ya anak
Sambil ku buai ya sayang
Dodoi si dodoi..
Dodoi si dodoi..

Suriram ram, Suriram ram
Suriram yang manis
Aduhai anakku sayang
Suriram jantung hatiku

Tinggilah tinggi si matahari
Suriram
Anak kerbau mati tertambat
Suriram
Sudahlah lama ibu mencari, sayang
Baru sekarang ibu mendapat

Ikan keke mak iloi-iloi
Ikan gelama mak ilai-ilai
Nanti adik mak iloi-iloi
Pulang sama mak ilai-ilai

Tenang-tenang air dilaut
Sampan golek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut tersebut
Budi yang baik Rasa dijunjung

Anak itik tok wi
Mandi dalam kolam
Buat apa tok wi?
Ubat limau lelam

Sakit apa tok wi?
Sakit sendi tulang
Ubat apa tok wi?
Ubat sengal tulang

Nenek nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenek ku kahwin dengan anak raja

Cucu cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Sekarang juga nenek mencari
Siapa kena dia yang menjadi

Burung kakak tua
Hinggap dijendela
Nenek sudah tua
Giginya tinggal dua

Letcum, letcum
Letcum hulala
Letcum, letcum
Letcum hulalala
Burung kakak tua

Enjet-enjet semut
Siapa sakit naik atas
Enjet-enjet semut
Siapa sakit naik atas

You may have burgers
We have ketupat
You may have Bruce Lee
We have Hang Jebat
You have playstation
We fly Wau Bulan
You ride dragon boat.. oi! oi!
We ride our sampan.. hey!
You have your Ah Lian
We have our Minah
You wear your sari
They wear kebaya
Friendly and preety
Sexy dahsyatnya!
No need for flower.. oi! oi!
Crazy for vespa.. hey!

9- Papaku Pulang
Papaku pulang dari kota
Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah

Pon pon pon pon pon pon pon pon pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek

Lompat si katak lompat 
Lompat lah tinggi-tinggi 
Cepatlah adik cepat
Marilah bangun pagi-pagi

Kalau adik malas lagi
Malas bangun pagi
La la la la la la la la
Nanti adik rugi

LIRIK LAGU BAHASA INGGERIS

London bridge is falling down
Falling down, falling down
London bridge is falling down
My fair lady

Build it up with sticks and stones
Sticks and stone, sticks and stones
Build it up with sticks and stones
My fair lady

Mary had a little lamb
Little lamb, little lamb
Mary had a little lamb
Its fleece was white as snow

Every where that Mary went
Mary went, Mary went
Every where that Mary went
The lamb was sure to go

Twinkle, twinkle little star
How I wonder what you are
Up above the world so high
Like a diamond in the sky

Twinkle, twinkle little star
How I wonder what you are

Old Mc Donald had a farm
E-i-e-i-o
And on this farm he has some chicks
E-i-e-i-o
With a chick, chick here
And a chick, chick there
Here a chick
There a chick
Everywhere a chick, chick
Old Mc Donald had a farm
E-i-e-i-o

Baa baa black sheep
Have you any wool?
Yes sir, yes sir, three bags full
One for the master
One for the dame
And one for the little boy
Who lives down the lane

Are you sleeping?
Are you sleeping?
Brother John, Brother John
Morning bells are ringing
Morning bells are ringing
Ding dang dong
Ding dang dong

Incy wincy spider
Went up the water spout
Down came the rain
And washed the spider out
Out came the sun
And dried up all the rain
So incy wincy spider
Went up the spout again

Itulah antara lagu-lagu yang sering ibu  menyanyi dengan anak-anak.. Ada juga la aktiviti yang kita boleh lakukan bersama anak-anak kan?

Lagu-lagu ni boleh juga nyanyi sebelum anak-anak masuk tidur.. Boleh dijadikan bedtime singing.. Disamping itu, jangan lupa ajar anak-anak mengaji juga ye..

p/s : Ibu-ibu boleh klik tajuk lagu untuk tgk video lagu

Jumpa lagi dilain entry ye..

Saturday 2 May 2015

MENGAPA OMEGA GUARD BAGUS UNTUK PERKEMBANGAN OTAK KANAK-KANAK??

Setelah mengetahui tentang kebaikan dan kelebihan yang terdapat pada Omega Guard, ibu akan beritahu kenapa omega guard terbaik untuk perkembangan minda kanak-kanak..

KESAN OMEGA 3 KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Omega 3 amat penting kepada perkembangan minda dan tumbesaran bayi dan kanak-kanak kerana ianya merupakan asid lemak yang mengandungi EPA dan DHA.. Omega 3 boleh didapati melalui 2 sumber iaitu tumbuhan dan juga ikan laut dalam.. 


Namun, omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA oleh tubuh secara berkesan.. Omega 3 dari sumber ikan laut dalam adalah yang terbaik untuk tumbesaran dan perkembangan minda si manja..

Untuk pengetahuan anda, DHA (asid dokosaheksaenoik) merupakan eleman utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel lain serta mempengaruhi  fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung..

DHA sebenarnya amat penting untuk perkembangan minda si manja selain daripada asid folik, zat besi dan juga zink.. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan EPA dan juga DHA, tetapi kita boleh mendapatkannya melalui supliment iaitu omega guard..


KEPERLUAN LAIN OMEGA GUARD KEPADA KANAK-KANAK

Untuk pengetahuan ibu dan ayah, omega guard bukan sahaja untuk perkembangan otak simanja namun, ianya juga untuk kesihatan menyeluruh anak kita.. Omega guard juga membantu memelihara penglihatan dan pendengaran simanja..

Sebahagian daripada kita pasti mempunyai anak-anak yang menghadapi masalah seperti asthma, batuk berkahak, masalah alahan kulit seperti eczema, selsema, ADHD (hiperaktif) dan lain-lain lagi.. 

Kadang-kadang sesetengah kanak-kanak sehingga memerlukan bantuan nebulizer untuk membantu mengurangkan masalah asthma mereka.. Dengan omega guard, dapat membantu mengurangkan masalah asthma..


TESTIMONI-TESTIMONI TERKUMPUL


Disini, ibu sertakan beberapa testimoni-testimoni yang berjaya setelah mengamalkan omega guard..











Sekiranya ibu atau ayah berminat untuk menjadikan omega guard ini sebagai salah satu makanan tambahan bagi anak-anak, boleh la menghubungi ibu..

Whatsapp - 0179563621

Friday 1 May 2015

BAGAIMANA MAHU MEMILIH MINYAK IKAN TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK??

Ibu-ibu pasti tercari-cari produk ape yang sesuai untuk diberikan pada anak-anak kan? Terutama anak-anak yang sedang bersekolah.. Pasti ibu-ibu pernah mendengar tentang kebaikan minyak ikan kan? Tapi macam mana kita nak tahu minyak ikan itu, terbaik untuk anak-anak kita??


Jika dilihat difarmasi, ada banyak jenis minyak ikan pelbagai jenama.. Tapi nak dapatkan yang betul-betul berkualiti, yang terbaik untuk anak-anak, kita perlulah membuat sedikit research tentang minyak-minyak ikan yang dijual.. Kita perlu pentingkan kualiti berbanding harga yang murah atau mahal..

Disini, ibu akan kongsikan kualiti Omega Guard daripada Shaklee.. Tentang produk lain, ibu-ibu boleh cuba research dan bandingkan dengan produk Shaklee.. 


MINYAK IKAN SHAKLEE - OMEGA GUARD


Omega Guard diekstrak dari ikan laut dalam seperti ikan sardin, ikan mackerel, ikan herring dan ikan anchovies di perairan negara Jepun.. Omega Guard juga diperbuat dari minyak ikan tulen dan bukannya dari hati minyak ikan.. Minyak ikan Shaklee mempunyai ketumpatan 3 kali lebih dari hati minyak ikan (sesetengah produk menggunakan hati minyak ikan)..

Untuk menjadikan minyak ikan itu tulen, Shaklee membuat penyulingan 3 peringkat dimana minyak ikan tersebut tiada langsung campuran bahan lain yang boleh membahayakan kesihatan kita dalam jangka masa panjang.. 

Penyulingan 3 peringkat ini juga dapat menapis logam, plumbum, merkuri dan lain-lain yang boleh membahayakan kesihatan kita jika dimakan dalam jangka masa yang lama.. 


PERBEZAAN MINYAK IKAN SHAKLEE VS MINYAK IKAN LAIN


Berbanding dengan produk minyak ikan lain yang berada dipasaran, Omega Guard mengandungi rangkaian spectrum penuh jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA..

Kebanyakan minyak ikan lain akan melaui kaedah penyulingan tahap tekanan yang tinggi namun kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien penting, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang boleh membahayakan kesihatan..

Minyak ikan yang tidak ditapis dengan sebaik mungkin akan mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik)


KELEBIHAN MINYAK IKAN SHAKLEE


Omega Guard mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan.. Manfaat Omega Guard ialah...


  • ASID LEMAK
Omega 3 adalah sejenis asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita maka kita perlu mengambilnya dari sumber makanan.. Omega 3 boleh diambil daripada 2 sumber iaitu sumber tumbuhan dan sumber haiwan (ikan laut dalam)..
Namun omega 3 dari asas tumbuhan tidak dapat ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh tubuh.. Jadi dari sumber ikan laut dalam adalah yang terbaik untuk kita..
  • MENCEGAH PENYAKIT SALUR DARAH DAN STROK
DHA dan EPA yang terkandung didalam Omega Guard mampu menentang thrombosis, tekanan darah tinggi dan kepekatan saluran darah agar peredaran darah yang lebih lancar.. 
Disebabkan itu, ia sangat efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah yang normal serta ketenangan dileher atau sakit kepala.. 
Selain itu, Omega Guard juga dapat merendahkan kolestrol, trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung..
  • MEMBANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN OTAK ANAK
Omega adalah 'makanan' otak.. Omega mengandungi DHA yang merupakan nutrien penting kepada otak, sistem saraf dan retina.. Ibu hamil dan ibu menyusu amat disarankan mengambil Omega Guard kerana dapat menyalurkan sumber DHA kepada janin dan anak yang menyusu.. 
DHA amat penting di awal 3bulan kehamilan kerana ketika itu, otak janin sedang berkembang dengan pesat.. Anak yang menyusu susu ibu dapat sumber DHA melalui susu ibu.. 
DHA dapat meningkatkan keupayaan ingatan, pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine..
  • MENINGKATKAN SISTEM IMUN DAN MENYIHATKAN PARU-PARU
Omega Guard mampu mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang..
  • MENENTANG KANSER
Kajian telah menunjukkan bahawa Omega 3 dapat menentang kanser seperti paru-paru, payudara, prostat dan kolon.. 
Omega juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membaantu pancreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif..
  • MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI (ARTHRITIS)
Paras asid lemak omega 3 dapat larut dalam tisu rawan dan boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.. Dengan itu, ia dapat mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif..
  • MENCEGAH INSOMNIA DAN MENGURANGKAN TEKANAN
Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia..

KAITAN IKAN LAUT DALAM DENGAN OMEGA GUARD



Pada tahun 1970, terdapat seorang saintis Amerika iaitu pemenang Nobel Price telah menemui satu rahsia besar berkaitan penduduk Eskimo.. Rahsia besar tersebut ialah penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran dan pemakanan yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza..

Penduduk Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghadapi sebarang masalah penyakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis.. Sudah tentulah sumber makanan utama penduduk Eskimo ini adalah ikan laut dalam atau cold water.. 


Manakala, penduduk Eskimo yang menetap di Amerika Utara pula bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka adalah daging yang mengandungi banyak kolestrol malah mereka juga menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung..

Penyelidikan lebih lanjut terhadap ikan laut dalam atau cold water mendapati ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi.. 

Selain itu, ia juga mengandungi EPA dan DHA yang membantu merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, mengurangkan masalah penyakit lelah dan alahan kulit dengan sangat berkesan..

SYURGA BAGI IKAN LAUT DALAM


Korang jangan tak tahu, ikan juga mempunyai syurga mereka.. Kapal-kapal karam adalah syurga buat ikan-ikan laut dalam kerana terdapat makanan mereka disitu seperti alga-alga dan seribu satu makanan ikan-ikan tersebut.. Disebalik syurga ikan ini, terdapat satu keburukan tentang kapal-kapal karam ini..



Disebabkan kapal-kapal ini terlalu lama berada didalam laut, ianya akan menjadi karat malah tidak kurang juga terdapat minyak-minyak yang bocor.. Apabila ikan-ikan tersebut makan makanan yang terdapat pada kapal itu, ianya juga pasti akan menelas sekali sisa-sisa karat, plumbum, merkuri, arsenik dan lain-lain juga..

Disebabkan itulah amat pentingnya menjalani penyulingan 3 peringkat bagi membuang segala bahan-bahan merbahaya yang telah ditelan oleh ikan-ikan tersebut..

MENGAPA PERLU MEMILIH MINYAK IKAN YANG BERKUALITI??


Disebabkan itulah ibu menyuruh ibu-ibu membuat research dahulu sebelum membeli mana-mana produk terutamanya supliment yang akan menjadi darah daging kita.. Jika bahan yang terkandung didalam produk tersebut merbahayakan tubuh kita untuk jangka masa panjang, apa agaknya akan terjadi pada kesihatan kita kemudian hari? Terutama pada anak-anak kita..


Untuk mendapatkan minyak ikan yang berkualiti, ianya perlulah dari minyak ikan tulen dan bukannya dari minyak hati ikan.. Untuk pengetahuan ibu-ibu, minyak ikan Shaklee adalah ultra tulen bergred farmaseutikal kerana melalui penyulingan 3 peringkat tersebut..

Sekarang, pilihan terletak ditangan ibu-ibu untuk memilih yang mana terbaik untuk anak-anak ibu semua.. Semoga info yang ibu kongsikan ini dapat membantu ibu-ibu mahupun ayah-ayah semua.. Sekiranya berminat, bolehla menghubungi ibu..


Whatsapp - 0179563621