Monday 18 May 2015

KENAPA BABY ATAU KANAK-KANAK SUKA HISAP IBU JARI?? ADA MAKSUD TERTENTU KE??

Bila lihat baby hisap ibu jari nampak comel je kan.. Ianya adalah perlakuan biasa bagi setiap kanak-kanak kecil.. Baby suka menghisap jari kerana dia akan berasa selamat dan dapat memberi keselesaan kepada baby tersebut.. Namun, jika tidak dikawal, ianya akan bertukar menjadi tabiat..



Terdapat sesetengah ibubapa agak bimbang dengan keadaan ini kerana jika dibiarkan berterusan akan merosakkan gigi.. Untuk pengetahuan ibu dan ayah, perilaku ini adalah bersifat semulajadi kepada anak kecil kerana boleh menunjukkan tanda dia sedang lapar, mencari keselesaan atau hanya ingin mengenal anggota tubuhnya..

Apabila ibu-ibu ternampak baby sedang menghisap jari, jangan sesekali menarik jarinya keluar daripada mulutnya kerana tindakan itu tidak betul.. Ibu dan ayah hanya perlu ingat bahawa tabiat ini akan beransur hilang apabila baby menginjak usia tiga hingga enam tahun..


Mengapa Bayi Menghisap Ibu Jari??


Kelaparan
Sesetengah kanak-kanak apabila dia sudah selesai menyusu susu formula ataupun susu badan, dia akan perlahan-lahan menukarkan kepada jarinya.. Ada pakar menyatakan bahawa kanak-kanak kecil yang menyusu setiap tiga jam kurang menghisap jari berbanding kanak-kanak yang menyusu empat jam sekali..



Kebiasaannya, kanak-kanak mula menghisap jari ini memberi tanda bahawa mereka sedang kelaparan.. Namun jika selepas makan mereka masih menghisap ibu jari, ibu-ibu perlu menghentikan tabiat itu.. Perilaku ini perlu dihentikan sebelum ianya bertukar menjadi tabiat..

Untuk menghentikannya, ibu-ibu boleh mengalih perhatiannya daripada menghisap ibu jari.. Ibu-ibu boleh mengajaknya bermain dan beraktiviti yang membolehkannya lupa tentang menghisap jari..

Menghisap Puting
Secara amnya, baby yang menyusu susu ibu kurang menghisap jari mereka.. Ini disebabkan baby akan menghisap puting payudara ibu sehingga dia berasa puas.. Biarpun usianya sudah meningkat ke usia dua tahun dan payudara ibu sudah kosong tidak bersusu lagi, dia tetap mencari puting payudara..



Namun, terdapat juga sesetengah ibu yang memberi puting tiruan untuk mengelakkan anak mereka menghisap jari.. Sebenarnya cara ini tidak digalakkan kerana jika baby menghisap susu ibu, baby akan terkeliru dengan puting payudara ibu..

Enam Bulan Masih Menghisap Ibu Jari
Kanak-kanak kecil ini mempunyai satu desakan naluri untuk menghisap ibu jari, tetapi desakan ini akan mula menurun secara semula jadi apabila mereka berusia tiga hingga empat bulan..



Jika mereka masih menghisap jarinya melebihi usia ini, dia melakukannya kerana untuk mencari keselesaan.. Kanak-kanak sebegini, karakternya seorang yang pendiam dan mudah kecewa.. Sebagai jalan keluarnya, dia akan melakukan tabiat menghisap jari itu..

Tumbuh Gigi
Satu lagi petunjuk mengapa baby suka hisap jari kerana gusinya berasa gatal dan giginya mahu tumbuh.. Mungkin dengan cara memasukkan jarinya kedalam mulut dapat memberi kelegaan kepada gusinya yang berasa gatal itu..



Ibu dan ayah harus cuba untuk tidak keliru dalam hal ini.. Baby yang mempunyai tabiat suka menghisap jari mungkin akan meneruskan tabiatnya walaupun sudah tumbuh gigi.. Namun, ianya akan beransur hilang apabila anak-anak mula bersosial dan meneroka persekitarannya dengan lebih luas..


Kesan Negatif Hisap Jari

Menurut sebuah artikel daripada laman web Sihatselalu.com, kanak-kanak berusia bawah enam tahun lebih berisiko tinggi apabila menghisap ibu jari atau puting botol kerana terdapat tekanan dibahagian lelangit.. 

Ketika ini, pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka sangat aktif.. Apabila terdapat tekanan dibahagian lelangit, gigi dan rahang ia boleh menyebabkannya mudah berubah bentuk asal bahagian mulut..

Banyak kajian ortodontik mendapati bahawa amalan menghisap ibu jari ataupun puting susu ini menjadi faktor utama perubahan struktur rahang dan gigi.. 

Selain suka menghisap jari, faktor lain seperti gigi berlapis, bentuk gigi abnormal dan kehilangan gigi akibat kerosakan ataupun kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang..

Sekian dahulu entry kali ini.. Nanti ibu share pula bagaimana terjadinya gigi jongang dikalangan kanak-kanak..