Tuesday 28 April 2015

Ibu, Belailah Kulit Lembut Saya!

Assalamualaikum semua.. Hari ini ibu nak kongsikan masalah-masalah kulit yang sering menyerang simanja kita.. Kulitnya yang sangat lembut dan mengasyikkan apabila disentuh.. 

Kulit bayi sangat nipis, lembut dan kurang berminyak berbanding orang dewasa.. Kulitnya juga mengeluarkan kurang melanin iaitu bahan yang menghalang kesan panas matahari..

Bayi juga sentiasa berpeluh menjadikannya amat sukar untuk mengekalkan suhu badan dalaman mereka.. Pada minggu pertama selepas lahir, bayi akan menyimpan sedikit hormon ibu.. 

Sebahagian masalah kulit yang ringan-ringan seperti masalah ruam akan mudah hilang dengan sendirinya.. Namun, terdapat beberapa masalah kulit yang kerap berlaku kepada bayi tetapi biasanya mudah diuruskan..


Masalah Kulit yang biasa Menyerang Bayi


¤ Ruam Panas
Ruam panas ini seperti jerawat kecil yang berwarna merah jambu dan ianya biasa terdapat dibahagian badan.. Ruam panas terjadi disebabkan cuaca yang panas, kelembapan dan kelenjar peluh yang tidak terbentuk..


Jangan memakaikan bayi baju yang tebal ataupun duduk di bilik yang panas.. Sentiasa pakaikan pakaian yang longgar, bersih dan sentiasa pastikan kulitnya kering..

¤ Akne Bayi
Akne bayi adalah tanda merah jambu pada muka bayi.. Apabila bayi lahir, mereka masih menyimpan hormon ibu dalam jangka masa yang singkat.. 


Kebiasaannya, ia akan hilang dengan sendirinya dalam minggu pertama kelahirannya..

¤ Kerak Kepala
Kerak kepala ini adalah kepingan keras yang terdapat diatas kulit kepala.. Kelenjar kulit kepala bayi yang terlalu aktif menjadi punca kepada masalah ini.. 


Sapukan secara lembut dengan menggunakan minya bayi dan biarkan beberapa minit.. Kemudian, cuci dengan syampu bayi dan setelah itu, gunakan berus sikat rambut bayi untuk hilangkan kepingan kerak tersebut..

¤ Ekzema
Ekzema ini adalah dimana keadaan kulit yang merah, gatal, dan bersisik... Ianya paling biasa terjadi dikawasan muka dan lipatan kulit seperti di bahagian siku dan bahagian belakang lutut..


Sentiasa bersihkan dan keringkan kulit anak.. Serta jumpalah pakar kanak-kanak kerana ibu-ibu perlukan produk penjagaan yang khusus untuk bayi yang berkulit sensitif..

Bagi ibu pula, ibu memang mengamalkan satu jenis losyen ni untuk keluarga ibu.. Losyen ini bagi ibu sangat ajaib kerana ianya dapat menyelesaikan pelbagai masalah kulit terutamanya ruam-ruam dan juga eczema..

Ibu-ibu diluar sana yang mempunyai anak yang mengalami masalah kulit, jangan ditangguh untuk mencari produk yang sesuai untuk anak-anak ibu ye..

Sekian, jumpa lagi dilain entry..

2 comments:

  1. Memang seronok membelai kulit anak-anak. Kalau bab krim, sekarang mek ila suka sangat guna Herbal Blend. Kandungan di anatural, jadi tak risau nak sapukan pada tubuh anak-anak. Harga pun sangat murah.

    ReplyDelete