Friday 24 April 2015

Resepi Kerabu Rumpai Laut Sedap

Sebenarnya dah lama ibu nak buat kerabu rumpai laut ni, tapi sebabkan bukan musim mempelam, tangguh la dulu niat tu.. Dulu sebelum ibu join bisnes Shaklee ni, ibu cuba jual rumpai laut.. Tapi banyak stok yang tak habis..

Daripada dibiarkan sahaja rumpai laut tu, lebih baik ibu jadikannya kerabu rumpai laut kan? Mula-mula yang boleh terjebak dengan kerabu rumpai laut ni, kawan mak mertua ibu lah yang memperkenalkannya.. Memang sedap sangat dia buat..

Hari ni, ibu cuba buat sendiri pula.. Mari ibu kongsikan resepi kerabu rumpai laut..

Cara Membuat Kerabu Rumpai Laut..


Bahan-bahannya:

Rumpai laut (ibu guna 3paket 500gm)
Kacang panjang
Serai
Cili
Bawang kecil
Mempelam
Udang kering
Daun ketumbar
Limau nipis
Cuka
Garam
Gula
Badam (nak letak pun boleh, ibu xletak sbb lupa nak beli)


Cara membuatnya :

1- Mula-mula basuh sehingga bersih rumpai laut tersebut dan rendam semalaman.. Ibu guna rumpai laut berwarna kuning.. Setelah rendam semalaman, basuh semula rumpai laut itu dan buang airnya.. Guntingkan halus2 rumpai laut tersebut..


2. Mayangkan halus-halus serai, bawang kecil, cili dan daun ketumbar..

3. Hiris nipis-nipis mempelam.. Ibu guna mempelam muda.. Sebab pokok mempelam baru je berbuah, tak sempat nak tunggu dia masak.. 

4. Udang kering dan badam digoreng tanpa minyak (jangan sampai hangus) dan diblenkan separuh hancur..

5. Setelah itu, campurkan kesemua bahan-bahan tersebut kedalam bekas, perahkan limau nipis, cuka, gula dan garam secukup rasa (ibu main agak-agak je letak semua tu)..

6. Gaulkan sehingga sebati.. Dah siap untuk dihidangkan.. Korang kalau nak makan sendiri, boleh gunakan 1paket 500gm je..


inilah rupa kerabu rumpai laut.. nak perbanyakkan bahan lain daripada rumpai laut pun boleh..
Siap sudah resepi kerabu rumpai laut.. Selamat mencuba ye kawan-kawan.. Sekali pekena memang nak lagi.. Lepas ni ibu nak try buat guna rumpai laut warna ungu dan hijau pulak.. Nanti ibu bagitahu ape rasanya ye..