Monday 27 April 2015

Jom Kenali Tubuh Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum semua ibu-ibu, ayah-ayah, bakal ibu dan juga bakal ayah.. Hari ini ibu nak cerita tentang perihal tubuh bayi baru lahir.. Kita sebagai ibu dan ayah perlu kenali tubuh bayi kita yang baru lahir kerana senang untuk kita menguruskan bayi kita nanti..


Untuk pengetahuan ibu dan ayah, bayi yang baru lahir mempunyai struktur tubuh yang lebih kurang sama tetapi kita juga masih perlu mengetahui mengenai organ dalaman dan luaran tubuhnya.. Kebiasaannya, organ dalaman bayi belum berfungsi dengan sempurna namun seiring dengan waktu organ-organ tersebut akan berfungsi dengan normal akhirnya..


Bahagian Tubuh Bayi yang Perlu Diketahui


Jantung, Peredaran Darah dan Paru-paru..
Jantung merupakan organ tubuh yang hanya sebesar penumbuk tangan.. Jantung mempunyai empat bahagian iaitu dua disebelah kiri, dua disebelah kanan dengan fungsi yang berbeza.. Keadaan jantung bayi ketika masih didalam kandungan sangat berbeza dengan keadaan selepas dilahirkan..

Peredaran darah dari jantung sebelah kiri dapat terus melalui jantung sebelah kanan dan begitu jugalah sebaliknya.. Akibat daripada itu, darah bersih dapat bercampur aduk dengan darah kotor..

Tetapi, ianya tidak menjadi masalah kerana ketika didalam kandungan janin menerima darah dan oksigen daripada ibu menerusi plasenta.. Setelah beberapa jam bayi dilahirkan, saluran tersebut secara automatik akan tertutup..

Ketika lahir, paru-paru bayi sudah boleh berfungsi sehingga menimbulkan tekanan darah yang kuat disekitarnya.. Tekanan tersebut mengakibatkan bahagian kiri dan kanan jantung tertutup.. Sekiranya saluran peredaran darah tersebut tidak tertutup lebih daripada 24 jam, maka ia menunjukkan jantung bayi mengalami kebocoran..

Ubun-ubun Bayi..
Ubun-ubun terletak diatas kepala bayi dan jika disentuh ianya sangat lebut dan lembik.. Ianya juga dikenali sebagai fontanel yang dilapisi oleh membran yang sangat kuat untuk melindunginya..

Kepala bayi dibentuk oleh beberapa plat tulang iaitu satu tulang dibahagian belakang (tulang oksipital), dua tulang didepan (tulang frontal).. Diantara tulang-tulang yang belum bersambung terdapat bahagian yang dipanggil sutura.. Sutura-sutura ini ada yang menegak dan ada yang melintang.. Titik silang itulah membentuk ubun-ubun depan (besar) dan ubun-ubun belakang (kecil)..

Kebiasaannya, ubun-ubun akan tertutup apabila bayi berusia 18 bulan.. Tulang tengkorak biasanya dilihat melalui bentuk kepala yang tidak normal.. Ia terjadi kerana pertumbuhan kepala cenderung mengarah ke tulang yang suturanya menutup ke belakang..

Sekiranya ubun-ubun itu tertutup dengan cepat, ianya disebabkan oleh jangkitan ketika hamil atau ada gangguan pasa perkembangan jaringan otak dan kelainan tulang.. Perkembangan otak bayi akan terganggu sekiranya ubun-ubun tertutup dengan cepat.. Sel-sel otak yang sepatutnya berkembang dengan pesat tertahan oleh tulang tengkoraknya sendiri.. Kecacatan ini biasanya disebut cerebral palsy..

Usus Besar..
Setelah lahir, sepatutnya bayi sudah boleh membuang air besar dalam masa 24 jam.. Najis yang keluar pada hari pertama dan kedua dipanggil mekonium yang berwarna hitam atau gelap..

Masuk hari ketiga, najisnya akan bertukar warna kerana sudah bercampur dengan susu.. Bayi yang menyusu susu ibu akan kerap buang air besar pada minggu-minggu pertamanya iaitu lebih enam kali sehari..

Mata Cantik Bayi..
Mata bayi bagi masyarakat asia kebiasaannya berwarna kehitam-hitaman.. Warna mata sebenar bayi mungkin belum berkembang sehingga bayi berusia kira-kira enam bulan keatas.. Kelopak mata bayi yang membengkak setelah dilahirkan adalah disebabkan tekanan semasa kelahiran..


Tetapi pastikan doktor memeriksa mata bayi kerana dibimbangi terdapat jangkitan dimata bayi.. Kadang-kadang kita akan lihat mata bayi seakan-akan juling, tetapi jangan risau kerana itu perkara biasa.. Mata bayi ada kalanya akan kelihatan juling pada bula-bulan pertama kelahiran..

Lidah Bayi..
Lidah bayi mungkin kelihatan tersauh pada lantai mulut.. Disebabkan itu, hujung lidahnya kelihatan bercabang sedikit apabila bayi menjulurkan lidahnya keluar.. Hujung lidahnya akan tumbuh ke hadapan pada tahun pertama..

Tangan dan Kaki si kecil..
Pada awal-awal kelahirannya, mungkin akan kelihatan kebiru-biruan kerana peredaran darahnya masih belum berfungsi dengan sempurna.. Apabila kita mengalihkan bayi ke kedudukan lain, warna ini sepatutnya bertukar menjadi merah jambu..


Payu dara..
Payudara bayi mungkin bengkak sedikit.. Ianya merupakan perkara biasa bagi kedua-dua jantina.. Bengkak ini akan susut dalam jangka masa dua hari..

Selain itu, payudara bayi juga mugkin akan mengeluarkan sedikit susu.. Jangan sesekali cuba memicit keluar susu itu..

Kemaluan..
Kemaluan akan kelihatan besar bagi kedua-dua jantina.. Ia akan susut dalam masa beberapa minggu.. Akan terdapat sedikit lelehan pada kemaluan bayi perempuan yang disebabkan oleh hormon ibunya dan akan hilang kemudian.. Zakar bayi lelaki pula akan tertarik ke atas groinnya..

Tali Pusat
Tali pusat bayi kebiasaannya akan mengambil masa seminggu untuk tertanggal.. Jangan sesekali cuba menariknya.. Sentiasa bersihkan dan keringkan tali pusat itu setelah mandi..

Itulah serba sedikit tentang tubuh bayi yang baru dilahirkan.. Semoga perkongsian serba sedikit ini dapat membantu bakal-bakal ibu dan ayah untuk menjaga bayi kalian..

Jumpa lagi dilain entry.. 

7 comments:

  1. Baru sy tau mengenai tubuh2 bayi..mengenai ubun2 tu biasa org tua2 selalu pesan jgn pegang kepala bby nnyi boleh pecah..seriau bila dgr blh pecah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. biasanya, orang tua2 akan pesan tentang ubun2 bayi kan.. seriau jg dulu.. hehe

      Delete
  2. Saya kurang tahu hal2 ni kecuali bab najis baby..at least info ni buatkan saya more alert ttg badan baby ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita bljr sama2 ye.. syok bila dpt baby bila kita dah tahu perihal dia..

      Delete
  3. saya baru tahu baby ada susu masa baru dilahirkan. Terima kasih atas info dear ..

    ReplyDelete
  4. info yang penting..adakalanya perkara begini pun ada ibu yang risau, cthnya puting keluar susu

    Recently posted...
    Rahsia bentuk otak bayi pintar dari dalam kandungan

    ReplyDelete
  5. Paling comel, adalah kaki dan tangan bayi. Kecik tapi menakjubkan. Sentiasa dapat rasa perubahan saiz ini sebab kita akan potongkan kuku mereka setiap minggu. Dalam hati akan berkata ' dah besar anak ibu ini'.

    ReplyDelete