Wednesday 1 July 2015

5 MENU TERBAIK PERLU ADA DALAM MAKANAN HARIAN ANAK ADHD!!

Apa itu ADHD?? ADHD atau dalam ayat penuhnya Attention Deficit Hyperactivity Disorder adalah satu kecelaruan tingkah laku yang sering terjadi pada kanak-kanak..


Tanda-tanda yang boleh kita lihat bila anak mempunyai masalah ADHD ialah mereka kurang tumpuan terutamanya ketika belajar, hiperaktif dan menurut kata hatinya sendiri..

Bagi memastikan mereka dapat membesar seperti kanak-kanak normal, pemakanan seimbang sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan mereka..

Kekurangan zat makanan juga mengganggu tahap konsentrasi dan kecerdasan kanak-kanak.. Selain itu, mereka juga boleh menjadi terlampau aktif..


Menu Diet Harian Anak ADHD


Bagi memastikan mereka mendapat khasiat dan zat secukupnya, ibu-ibu perlu memastikan diet harian mereka mengandungi :

1Zat Besi
Zat besi penting didalam tubuh kita terutama anak-anak kerana ianya membantu menghasilkan sel darah merah, mengangkut oksigen dalam darah dan menyalurkan kedalam sel-sel tubuh.. Sekiranya anak-anak kekurangan zat besi didalam badan mereka, boleh menyebabkan anemia, lesu, gelisah dan ADHD..

Kanak-kanak yang mengalami masalah anemia akan berasa cepat bosan dan kurang bermotivasi unuk melakukan tugasan yang mencabar intelektual.. Untuk itu, ibu-ibu perlu memastikan anak cukup mendapat sumber zat besi didalam hidangan harian mereka..


Hidangkan bijirin yang diperkaya dengan zat besi untuk sarapan mereka.. Selain itu, didalam hidangan lain ibu-ibu perlu memastikan daging merah, ikan tuna dan ayam berada dalam hidangan mereka sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.. Pastikan juga mereka mengambil sayuran hijau seperti brokoli dan kekacang..

2Asid Lemak
Ă€sid lemak ini bukan hanya sekadar untuk tumbesaran kanak-kanak tetapi ianya juga membantu dalam perkembangan minda.. Otak dan sel saraf mengandungi asid lemak tak tepu berantai panjang (LCPs) yang sangat tinggi..

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Arakidonik (AA) adalah komponen utama LCPs.. DHA merupakan komponen utama dalam tisu otak dan retina mata manakala AA pula terdapat membran sel tubuh yang diperlukan bagi menghantar mesej sepanjang saraf dan fungsi ingatan yang normal..


Selain itu, AA juga membantu dalam perkembangan penglihatan, keupayaan belajar dan koordinasi.. Boleh dikatakan DHA dan AA adalah makan untuk otak.. Disebabkan itu, sangat digalakkan ibu bapa untuk memberi makanan yang kaya dengan DHA dan AA kepada anak-anak..

Minyak ikan tuna dapat membantu dalam perkembangan mata dan otak yang optimum sekaligus merangsang proses pembelajaran yang lebih baik..

3Asid Folik
Selain DHA dan AA, asid folik juga dianggap sebagai makanan otak.. Ianya sangat penting didalam pembentukan dan kematangan sel-sel darah merah dan putih.. Apabila kanak-kanak kekurangan asid folik didalam tubuh, mereka akan mudah letih, bersikap tidak peduli dan pelupa..


Bagi memastikan masalah ini tidak terjadi kepada anak kesayangan anda, berikanlah mereka makanan yang tinggi kandungan asid folik.. Antara makanan yang mengandungi asid folik adalah seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin..

4Vitamin B Kompleks
Terdapat 8 jenis vitamin B yang terdapat didalam Vitamin B Kompleks iaitu Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Asid (B5), Pyridoxine (B6), Cyanocobalamin (B12), Biotin (B7) dan Asid Folik (B9)..

Vitamin-vitamin ini sangat membantu dalam memperbaiki aktiviti saraf dan mengurangkan tekanan yang sememangnya sangat bermanfaat kepada kanak-kanak ADHD..

Sangat penting bagi anda untuk memasukkan hidangan makanan yang mengandungi vitamin-vitamin tersebut didalam menu harian anak-anak.. Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah hati, bijirin, nasi, kekacang, susu, telur, daging, ikan, sayuran hijau dan buah-buahan..

5Kalsium
Seperti ibu-ibu dan ayah-ayah tahu, kalsium sangat membantu dalam pertumbuhan tulang dan gigi yang sihatdan kuat..

Tetapi, tahukah anda bahawa kalsium juga menyokong sel-sel membrandan membantu sistem saraf terutamanya dalam penghantaran gerak hati (impulse) dimana boleh mengawal tingkah laku kanak-kanak ADHD..

Susu dan produk tenusu adalah sumber utama kalsium.. Malah, kalsium juga boleh didapati didalam sayuran hijau dan bijirin.. Maka, berilah anak anda minum susu dan makan banyak sayuran hijau..


Semoga artikel ini dapat membantu ibubapa yang mempunyai anak ADHD..

2 comments:

  1. Membekalkan multivitamin untuk kanak-kabak sangat penting agar pertumbuhan dan perkembangan anak berjalan lancar. Apalagi bagi kanak-kanak yang bermasalah dengan ADHD...Pemakanan dan nutrisi mereka harus di perhatikan dengan baik. Agar tiada masalah bagi kesihatan mereka.

    ReplyDelete
  2. vitamin dan mineral ni penting tuk pertumbuhan kanak-kanak..kakau tak cukup salah satu pun mesti akan terganggu proses tumbesaran mereka

    ReplyDelete