Thursday 2 July 2015

MINUMAN APA YANG SESUAI BAGI PADA ANAK-ANAK??

Air merupakan komponen penting bagi tubuh kita kerana hampir setiap fungsi utama tubuh memerlukan air.. Selain daripada membawa nutrien dan oksigen dalam sel, air juga berfungsi menyelaraskan suhu badan kita.. Disamping itu, air juga berperanan dalam melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu tubuh..


Untuk pengetahuan anda, manusia dapat hidup lebih kurang 8 minggu tanpa makanan tetapi dalam masa 3 hari manusia akan mati tanpa air minuman.. Kebiasaannya orang dewasa memerlukan air antara 8 hingga 12 gelas sehari.. Berbeza dengan kanak-kanak dimana mereka memerlukan jumlah air bergantung kepada umur, berat dan aktiviti yang dilakukan..

Bagi bayi yang belum diperkenalkan dengan makanan pejal, mereka tidak memerlukan minuman tambahan lain selain daripada susu ibu atau susu formula.. Kandungan air yang terdapat didalam susu ibu lebih kurang 88 peratus air dan jumlah ini sudah cukup untuk menampung keperluan air bagi tubuh bayi walaupun ketika cuaca panas..


Jika ibu-ibu nak tahu, memberi anak-anak yang berumur dibawah 6 bula. minum air ianya boleh menyebabkan mengganggu keupayaan tubuh mereka untuk menyerap nutrient yang terkandung didalam susu ibu ataupun susu formula..

Selain itu, ianya boleh menyebabkan perut anak anda penuh dan mengganggu selera nakan mereka.. Terdapat juga kes dimana bayi mengalami keracunan air akibat minum terlalu banyak air.. Ini kerana buah pinggang mereka masih belum matang..

Sekiranya kita memberi mereka terlau banyak air, ini akan menyebabkan tubuh mereka melepaskan sodium bersama-sama air yang berlebihan.. Kehilangan sodium boleh mengganggu aktiviti otak.. Petanda awal berlakunya keracunan air ialah mudah meradang, pening kepala dan perubahan mental yang lain..

5 INFO MINUMAN BAIK BURUK UNTUK KANAK-KANAK


1Susu Lembu
Susu lembu segar tidak sesuai diberikan kepada bayi dibawah umur 1 tahun.. Ini kerana susu lembu ini tidak mengandungi zat besi dan nutrient lain yang mencukupi untuk bayi..


Selain itu, susu lembu segar mengandungi terlalu banyak garam dan protein.. Meskipun begitu, anda boleh memasukkan susu lembu kedalam masakan untuk bayi berumur 6 bulan keatas..

2Susu Formula
Sekiranya anda ingin menggantikan susu ibu, pilihlah susu formula yang dihasilkan daripada susu lembu ataupun susu dari sumber lain yang dicadangkan oleh pakar pediatrik..


Ibu-ibu disarankan untuk memberi anak-anak susu formula sehingga anak berusia 1 tahun keatas.. Ibu-ibu juga perlu menukar susu formula mengikut peringkat umurnya..

3Susu Kambing
Susu kambing tidak digalakkan untuk diberikan kepada bayi yang berusia kurang 1 tahun.. Hal ini kerana susu kambing tidak mengandungi nutrien dan zat besi secukupnya yang diperlukan oleh bayi..


Sekiranya ibu-ibu ingin juga memberikan susu kambing kepada anak-anak, ibu-ibu perlulah menunggu mereka berusia 1 tahun keatas dan pastikan susu tersebut dipasteur..

4Air Kosong
Apabila anak sudah mula makan 3 kali sehari, mereka memerlukan lebih banyak air.. Susu ibu atau susu formula sahaja tidak memadai untuk mereka.. Air kosong adalah yang terbaik untuk anak anda ketika ini..


Oleh demikian, berikanlah anak anda air kosong menggunakan cawan ketika waktu makan.. Namun, ibu-ibu perlu memastikan air yang diberikan kepada anak telah dimasak terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan..

5Jus Buah-buahan
Jus buah-buahan terutama jus oren sangat kaya dengan vitamin C.. Namun anda perlu berhati-hati jika memberikan jus buah-buahan kepada anak-anak.. Ini kerana kandungan gula dan sifat asidnya boleh menyebabkan masalah pereputan gigi..


Sebenarnya, anak tidak perlukan jus buah-buahan tetapi sekiranya ibu-ibu masih mahu berikan anak-anak jus buah-buahan perlulah mengikut nisbah ini.. Jus tersebut perlulah dicairkan dengan nisbah 1 bahagian jus dicampurkan dengan 10 bahagian air kosong..

MINUMAN TIDAK SESUAI UNTUK BAYI dan KANAK-KANAK


Terdapat juga minuman yang tidak boleh diberikan kepada anak-anak.. Antara minuman tersebut adalah :

●● Minuman turunkan berat badan
○○ Minuman manis
●● Minuman berkarbonat
○○ Susu berperisa
●● Minuman herba
○○ Teh
●● Kopi
○○ Minuman rendah kalori

Pilihlah dan berikanlah yang terbaik untuk anak anda.. Kesihatan mereka lebih penting untuk melihat mereka membesar dengan sihat..

2 comments:

  1. Air sangat penting bagi kita mahupun kanak-kanak. Tapi perlu diperhatikan oleh mommies bahwa bayi bawah setahun susu ibu adalah makanan terbaik untuk mereka. Berikanlah yang terbaik untuk anak-anak kita.

    ReplyDelete
  2. Susu ibu mmg yg terbaik untuk anak2...tapi anak saya lepas je wean off suke minum teh o...tp yg bgusnya sir kosong mmg feveret diorg...

    ReplyDelete