Friday 3 July 2015

BAGAIMANA MAHU SAMBUT BAYI IKUT CARA ISLAM??

Assalamualaikum ibu-ibu semua.. Adakah ibu-ibu sedang hamil dan mungkin sedang menunggu kelahiran bayi pertama anda? Bagaimana kita mahu menyambut bayi baru lahir mengikut cara islam? Mungkin ada antara ibu-ibu yang tidak tahu apa yang perlu dibuat bila bayi anda baru dilahirkan, betul tak?


Ini kerana terdapat sesetengah amalan telah dilupakan dan tidak lagi dilakukan dimasa kini.. Jadi untuk mengetahui bagaimana cara untuk sambut bayi cara islam, ibu akan kongsikan disini..

7 AMALAN SAMBUT BAYI CARA ISLAM


1Azan
Pertama sekali yang perlu dilakukan oleh ayah setelah bayi dilahirkan adalah AZAN.. Ayah perlu mengazankan ditelinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telingan kiri bayi..

Sabda Rasullallah SAW bermaksud "Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan ditelinga kanannya dan iqamat ditelinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada gangguan syaitan".


Terdapat segelintir mengatakan bahawa apa sahaja yang menakutkan anak dan ada juga yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.. Sunat juga untuk dibacakan "Aku memohon perlindungan daripada Engkau, diri anak ini dan zuriat keturunan kelak daripada syaitan..

2Menghebahkan Berita Gembira
Apabila bayi selamat dilahirkan, perlu untuk anda hebahkan berita gembira ini kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga..

Ini bertujuan untuk memberitahu bahawa anda gembira dengan anugerah Tuhan.. Bagi individu yang menerima berita kelahiran bayi, disunatkan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan bayi dan ibu tersebut..

3Nama Anak
Setelah dipersetujui untuk memilih nama yang telah dipilih, dapatkan nasihat terlebih dahulu berkaitan maksud dan sebutan nama anak..


Seeloknya nama yang telah dipilih tersebut diisytiharkan pada hari ke-7 semasa melakukan akikah..

4Tahnik
Mungkin terdapat segelintir ibu-ibu yang tidak mengetahui apa itu TAHNIK.. Tahnik atau dipanggil belah mulut hendaklah dilakukan kepada bayi baru lahir..


Caranya adalah mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk lalu dimasukkan dalam mulut bayi dan digerakkan perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi sehingga ke rongga tekak bayi..

Amalan ini secara tidak langsung dapat menguatkan saraf-saraf yang terdapat didalam mulut bayi..

5Cukur Rambut
Amalan mencukur rambut bayi baru lahir ini digalakkan dilakukan selepas 7 hari kelahirannya..


Manakala disunatkan untuk bersedekah kepada fakir miskin mengikut berat rambut yang dicukur dengan perak mengikut timbangan emas..

6Akikah
Akikah ini bertujuan untuk meraikan kelahiran bayi dan memberitahu kepada orang ramai tentang kelahiran bayi ini.. Majlis ini juga diharap dapat mengeratkan silaturrahim sesama jiran, keluarga dan saudara mara..

Kebiasaannya akikah ini akan mengorbankan seekor kambing untuk anak perempuan dan 2 ekor kambing untuk anak lelaki.. Ataupun seekor lembu dikongsi 7 bahagian.

7Khatan
Jika dahulu anak perempuan akan disunatkan ketika masih bayi manakala anak lelaki akan disunatkan ketika berumur 7-12 tahun..


Namun trend terkini, ramai ibu bapa yang khatan anak mereka sebaik sahaja dilahirkan, tidak kira anak lelaki ataupun perempuan.. Tujuan berkhatan ini adalah untuk menjaga kebersihan dan mengelakkan sebarang penyakit..

Beginilah caranya menyambut bayi mengikut cara islam.. Semoga ilmu ini dapat membantu memudahkan para ibu dan ayah dalam menyambut kedatangan orang baru.. Tahniah juga diucapkan kepada ibu dan ayah yang baru menyambut kelahiran cahayamata..

2 comments:

  1. Sememang nya bagus kalau kita seorang muslim memgikuti sunah nabi seperti yang telah di huraikan diatas. Kesemua memang sangat membantu untuk menjadikan kita sebagai muslim yang sentiasa ingat kepada Allah dan mengikuti semua sunnah nabi kita. Alhamdulillah kedua anak saya dapat melakukan hal-hal seperti yg dihuraikan oleh admin.

    ReplyDelete
  2. Ikutlah ajaran yang betul untuk menyambut bayi

    Paling penting jugak, kalau boleh pilih doktor wanita Islam

    ReplyDelete