Monday 6 July 2015

ANAK SAKIT?? JOM KETAHUI 8 PENYAKIT YANG BIASA DIALAMI SI KECIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu dan ayah sekalian.. Hari ini ibu nak kongsikan jenis-jenis penyakit yang sering dialami oleh anak-anak kesayangan kita.. Mungkin antara penyakit ini pernah atau selalu menyerang anak anda..


Disamping itu, setiap bakal ibu dan ayah juga perlu mengetahui asas kesihatan bayi termasuk penyakit biasa yang dialami oleh bayi.. Dengan panduan ini, semoga ibu dan ayah dapat bertindak dengan betul dalam menangani bayi jika serangan penyakit berlaku kepada bayi ibu dan ayah..

Mari kita lihat apakah 8 penyakit yang biasa dihadapi oleh anak kecil..

PENYAKIT YANG SERING MENYERANG BAYI


1Demam
Demam adalah penyakit biasa dialami oleh anak-anak namun mungkin juga petunjuk kepada masalah lain.. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau cirus.. Ia adalah sebahagian dari mekanisma pertahanan badan..


Tetapi, ibu dan ayah perlu mengawasi demamnya kerana jika demam terlalu tinggi boleh menyebabkan demam sawan.. Jika kerap berlaku sawan boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf otak anak dan mengganggu perkembangan anak-anak..

2Sawan
Demam yang kerap dengan suhu yang tinggi sehingga 40°c boleh menyebabkan sawan.. Ibu dan ayah tidak perlu bimbang jika sawan yang terjadi itu sekejap (kurang dari setengah jam) kerana ia tidak merbahaya..


Tetapi jika sawan yang terjadi itu berpanjangan dan berulang-ulang dalam masa 24 jam, ibu dan ayah perlu bertindak segera dgn membawa anak ke hospital.. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan mengganggu perkembangan anak anda.. Anak akan mendapat komplikasi seumur hidup..

3Selesama
Masalah ini biasanya menyebabkan anak-anak berasa hidung tersumbat dan berhingus.. Selain itu, mereka akan mengalami sakit tekak, batuk, rasa tidak selesa dan susah tidur..


Ini akan menyebabkan anak merengek kerana berasa tidak selesa dengan keadaan hidungnya.. Selesama biasanya disebabkan oleh jangkitan virus..

4Batuk
Penyakit batuk ini adalah satu refleksi sihat dimana dapat membantu mengeluarkan lendir dari saluran pernafasan.. Disamping itu, batuk juga merupakan refleksi pertahanan tubuh manusia apabila berlaku ketidakseimbangan sistem badan..


Namun, ibu dan ayah perlu memamdang serius jika anak mengalami demam yang tinggi, sukar bernafas dan warna kahak bertukar kepada warna kuning atau hijau.. Masalah ini boleh mendedahkan anak-anak kepada pelbagai jenis jangkitan saluran pernafasan dimana boleh mengancam nyawa jika dibiarkan berterusan..

5Cirit-Birit
Jika ibu dan ayah mendapati anak mengalami masalah cirit-birit, perlulah dipantau dengan sebaiknya.. Ketika mengalami masalah ini, anak akan membuang air besar dengan lebih kerap..


Perkara ini berlaku kerana ia mengalami jangkitan virus.. Masalah ini boleh bertukar serius kerana anak kekurangan air yang teruk dan boleh menyebabkan komplikasi dan kematian..

6Masalah Kulit
Masalah penyakit kulit ini mungkin ramai ibu dan ayah pening memikirkan bagaimana mahu mengatasinya.. Untuk pengetahuan ibu dan ayah, kulit bayi sangat sensitif dan berisiko untuk menghadapi pelbagai jenis infeksi.. Sekiranya masalah kulit dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan cirit-birit kronik..


Impetigo adalah sejenis jangkitan kulit akibat dari bakteria yang mungkin berkembang apabila ruam atau ekzema telah dijangkiti.. Ia biasa menyerang bahagian kulit kaki dan tangan.. Masalah ini akan berlaku jika kebersihan tubuh anak kurang diberi perhatian..

7Ekzema
Kulit menjadi gatal, radang, kering, menggelupas, kemerahan dan bersisik ini menunjukkan tanda-tanda penyakit EKZEMA..


Ekzema biasanya terjadi dibahagian pelipat pada lutut dan siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala.. Masalah ini biasanya mula timbul antara usia 3 bulan hingga 2 tahun..

8Ruam Lampin
Masalah ruam lampin ini memang biasa terjadi pada anak-anak terutamanya pada bayi dan kanak-kanak dibawah usia 2 tahun..


Anak-anak akan mengalami keradangan kulit terutama pada bahagian punggung, celah kelangkang dan bahagian dalam paha.. Masalah ini berlalu disebabkan beberapa faktor seperti lampin tidak kerap ditukar atau kesan-kesan sabun yang tidak dibilas dengan betul..

Berikut adalah penyakit-penyakit yang sering dihadapi oleh bayi dan kanak-kanak.. Sebagai persediaan, ibu dan ayah boleh menyimpan termometer, penyedut hingus, krim lampin dan losyen yang bersesuaian dengan kulit bayi.. Ini dapat membantu sekiranya anak diserang penyakit seperti diatas..

Semoga artikel ini dapat membantu bakal ibu dan ayah untuk persediaan menyambut kelahiran cahaya mata nanti..

2 comments:

  1. Memang ini yang kerap jangkiti anak kecil....tapi mujur anak saya jarang sakit...penjagaan kebersihan dan kesihatan tu penting

    ReplyDelete
  2. Bila anak tidak sihat ibu pun tidak dapat fokus di pejabat

    ReplyDelete