Thursday 9 July 2015

4 TIPS BAGAIMANA MAHU TINGKATKAN DAYA IMUNITI BAYI

Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu dan ayah.. Hari ini Ibu nak share bagaimana kita nak tingkatkan daya imuniti anak-anak.. Pasti terdapat sesetengah ibu dan ayah mempunyai anak yang sering sakit seperti demam, selsema dan batuk kan??


Jadi kali ini kita cuba apply tips-tips ini untuk tingkatkan daya imuniti anak-anak kita.. Mana tahu, mungkin dapat membantu mengurangkan risiko anak-anak diserang penyakit yang biasa dialami oleh bayi..

TIPS TINGKATKAN IMUNITI ANAK


1Imunisasi
Dari bayi lahir, doktor akan syorkan kepada ibu-ibu untuk imunisasi bayi kerana untuk melindungi bayi daripada diserang penyakit yang boleh membawa maut.. Terdapat Jadual Imunisasi yang disyorkan untuk kanak-kanak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dimana penvaksinan boleh dilakukan ketika bayi sihat sahaja..


Imunisasi ini juga bertindak dengan merangsang tindak balas imun secara tiruan terhadap antigen tertentu didalam badan anak.. Seterusnya ia akan mengeluarkan antibodi untuk menentang virus bagi melawan penyakit..

2Cecair Emas
Cecair emas atau Susu Ibu boleh meningkatkan serta menguatkan sistem imuni si manja.. Susu pertama yang terbaik untuk bayi adalah Kolostrom yang kaya dengan antioksida dalam bentuk vitamin E dan beta karotena yang dapat melindungi bayi daripada sebarang kuman..


Kolostrom juga membantu melindungi pelbagai faktor perlindungan yang mengurangkan risiko seperti cirit birit, jangkitan telinga, jangkitan salur pernafasan akut dan lain-lain.. Pemberian susu ibu secara eksklusif yang paling terbaik adalah sepanjang enam bulan pertama kelahiran dan diteruskan sehingga berumur 2 tahun..

3Persekitaran yang Sihat, Bersih dan Ceria
Persekitaran yang bersih, sihat dan ceria amat mempengaruhi kesihatan anak-anak.. Ibu dan ayah perlu elakkan membawa anak-anak ke tempat yang sesak dengan orang ramai terutama mereka yang tidak sihat..


Perlu diingatkan juga, jauhi anak-anak daripada asap rokok yang sangat merbahayakan kesihatan anak-anak.. Asap rokok mengandungi toksin yang boleh melemahkan sistem imun dan merosakkan sel-sel imun anak-anak yang masih belum matang..

4Emosi Positif
Anak yang menghadapi tekanan perasaan akan mengurangkan keupayaan sistem imun untuk melawan jangkitan dan menyebabkan mudah untuk dia dijangkiti penyakit..


Disebabkan itu, ibu dan ayah perlu mewujudkan suasana dan emosi yang positif supaya anak gembira.. Suasana yang positif membantu menguatkan sistem imun anak kerana ia membantu mengurangkan hormon tekanan dan menambahkan sel imun..

Selain daripada 4 Tips diatas, ibu dan ayah juga boleh memberi anak-anak makanan tambahan untuk meningkatkan daya imun mereka.. Ibu juga ada memberi makanan tambahan kepada anak-anak ibu..

Alhamdulillah, makanan tambahan tersebut sangat membantu meningkatkan daya imun mereka.. Walaupun mereka diserang sakit seperti demam, mereka cepat sembuh dengan adanya makanan tambahan ini dan sudah tentunya dengan izinnya..

MAKANAN TAMBAHAN YANG IBU BERIKAN PADA ANAK-ANAK


Makanan tambahan yang ibu maksudkan adalah dari produk SHAKLEE.. Produk Shaklee ini boleh mula diberikan pada anak berumur 1 tahun dan ke atas mengikut sukatan dan dose yang betul..

Bagi kanak-kanak, terdapat 5 jenis produk yang boleh membantu meningkatkan daya imuniti anak-anak.. 5 jenis produk tersebut adalah :

Meal Shakes
● Chewable Vita C
● Vita-lea for Children
Omega Guard
● Nutriferon

Untuk maklumat lanjut tentang produk ini, bolehlah menghubungi Ibu sama ada whatsapp @ telegram @ sms..

Ibu Ieda 0179563621

3 comments:

  1. Comel sungguh bby kt atas tu...selain makanan, vitamin tambahan pun perlu untuk anak sebab tak semua makanan yg ada vitamin anak nk makan

    ReplyDelete
  2. makanan tambahan memang sangat diperlukan hari ini, makanan yang kita ambil tidak pasti sama ada banyak racun atau tidak.

    ReplyDelete
  3. Satu info yang sangat berguna.tq

    ReplyDelete