Saturday 4 July 2015

5 PERKARA PENTING DALAM PEMILIHAN NAMA ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu dan ayah.. Adakah ibu dan ayah sedang menantikan kelahiran orang baru di dalam keluarga anda? Mungkin cahaya mata yang pertama dan memang dinanti-nantikan oleh ahli keluarga kalian?

Pasti ibu dan ayah sudah buat beberapa list nama untuk diberikan kepada anak yang bakal dilahirkan nanti.. Untuk memilih nama anak bukanlah sesuatu yang sukar.. Tetapi semasa memilih nama anak, ibu dan ayah perlu menitik berat beberapa perkara..


Orang tua-tua dulu kata nama anak jangan berat dan jika tidak sesuai anak akan selalu menangis.. Terpaksa kita menukar semula nama anak.. Betul ke tidak wallahualam..

Ayuh kita lihat apakah perkara yang perlu dititik beratkan semasa memilih nama anak..

PANDUAN PEMILIHAN NAMA ANAK


1Nama Anak Itu Doa
Orang kata, nama yang baik mencerminkan diri seseorang itu.. Jadi ibu dan ayah pilihlah nama anak yang mempunyai maksud yang indah-indah.. Nama itu adalah doa kita pada anak-anak..


Kerana itulah kita sebagai ibu ayah perlu memilih nama yang mempunyai maksud yang baik-baik.. Tidak perlu mengikut orang meletak nama anak yang pelik-pelik tetapi tidak punya maksud..

Ibu dan ayah boleh memilih nama anak yang terdapat didalam buku koleksi nama-nama pilihan.. Didalam buku ini ada menyatakan maksud bagi setiap nama yang dipilih..

2Nama Anak Lelaki dan Perempuan
Sekiranya ibu dan ayah belum mengetahui jantina anak yang dikandung, seeloknya pilihlah 2 nama sekali gus..

Ini kerana terdapat kes dimana ujian imbasan yang dilakukan mengatakan bayi perempuan, tetapi yang lahir adalah anak lelaki (ibu lah tu, hehehe).. Jadi, apabila kita sudah ada nama kedua-dua jantina senang untuk kita terus berikan nama pada anak tanpa perlu kelam kabut mencari nama baru..


3Jangan Terlalu Panjang
Perlu diingatkan kepada ibu dan ayah.. Janganlah memberi nama anak terlalu panjang kerana ini akan menyukarkan pemilik nama itu sendiri malah susah hendak mengingatinya..

Nama yang terlalu panjang akan menyukarkan pemilik dalam sebarang urusan yang melibatkan penama untuk mengisi borang, terutamanya semasa urusan rasmi..

Sekiranya anak itu perempuan, ini akan menyukarkan bakal suaminya ketika akad nikah kerana perlu menarik nafas yang panjang dan perlu melafazkan dengan sekali lafaz.. Ahli keluarga anda juga mungkin sukar untuk mengingati nama anak anda..

4Ejaan Yang Betul
Apabila nama anak telah dipilih, pastikan ejaan nama anak betul.. Ini supaya nama anak disebut dengan tepat dan tidak sukar untuk menyebutnya..

Sekiranya ejaan atau sebutan nama anak salah, dibimbangi nama itu akan memberi maksud yang berbeza.. Oleh itu, elakkan memilih nama anak yang sukar disebut dan sukar dieja..

5Masa Sesuai Memilih dan Memberi Nama
Dalam tempoh 9 bulan kehamilan sudah memadai untuk ibu dan ayah mencari dan memilih nama anak.. Jadi, untuk pemberian nama anak boleh mengikut sunnah nabi..

Di dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu untuk memberi nama anak.. Ibu dan ayah boleh memilih untuk memberi nama anak pada hari pertama kelahirannya atau dalam masa 3 hari pertama ataupun pada hari ke-7 kelahirannya.. Pilihlah mana-mana yang digemari oleh ibu dan ayah..

Berikut adalah panduan untuk memilih nama kepada anak yang bakal dilahirkan.. Semoga panduan ini akan memudahkan ibu dan ayah, terutamanya bagi yang baru bergelar ibu dan ayah..

9 comments:

  1. Nama anak sebaiknya jangan panjang itu vetul sebab nanti kalau panjang sangat susah dia nak eja nama nya sendiri masa sekolah...hehehe..
    walau bagaimanapun...berikanlah nama yang baik2 untuk anak-anak kita.

    ReplyDelete
  2. Nama anak sebaiknya jangan panjang itu vetul sebab nanti kalau panjang sangat susah dia nak eja nama nya sendiri masa sekolah...hehehe..
    walau bagaimanapun...berikanlah nama yang baik2 untuk anak-anak kita.

    ReplyDelete
  3. Mama sokong jangan panjang sangat tu

    Sian nak isi borang lambat siap

    Tq sis, artikel ni penting untuk mama

    ReplyDelete
  4. Mama sokong jangan panjang sangat tu

    Sian nak isi borang lambat siap

    Tq sis, artikel ni penting untuk mama

    ReplyDelete
  5. Mama sokong jangan panjang sangat tu

    Sian nak isi borang lambat siap

    Tq sis, artikel ni penting untuk mama

    ReplyDelete
  6. jangan panjang2...nant dia nak tulis nama sendiri susah...nama pun biarlah yang sedap didengar dan makna yang baik kalau tk nanti kawan ejek..kesian anak kita

    ReplyDelete
  7. nama yang baik adalah satu doa..jadi pilihlah nama anak-anak yang elok maknanya..

    ReplyDelete
  8. Memang perlu tahu maksud disebalik nama yang diberi

    ReplyDelete
  9. Nama anak ni memang kena buat pemilihan yang berul kan..sebab itu la panggilan di akhirat nanti

    ReplyDelete