Thursday 7 May 2015

APA MAKSUD PERBEZAAN WARNA NAJIS BAYI?

Bagi yang baru bergelar ibu, pasti berasa pelik mengapa warna najis bayi sering berubah-ubah.. Namun ini bukanlah perkara yang perlu dibimbangkan.. Ianya berubah dari segi tekstur dan warna kerana berlakunya perubahan dalam diet harian bayi..


Bayi yang menyusu badan dan tidak makan makanan pejal akan membuang lebih 4 kali sehari.. Tetapi, sekiranya bayi hanya membuang sekali sehari masih lagi dianggap normal.. Walau bagaimanapun, ibu-ibu perlu memastikan najis tersebut lembut, tidak keras dan mudah keluar..

Manakala, bayi yang menyusu susu formula pula perlu kerap membuang air besar setap hari bagi mengelakkannya menghadapi masalah sembelit.. Najisnya juga akan berubah warna..

KENALI 4 WARNA NAJIS BAYI


Hitam kehijau-hijauan dan melekit
Bagi yang pertama kali bergelar ibu pasti akan terkejut apabila melihat najis bayi berwarna hitam kehijau-hijauan dan melekit-lekit.. Ibu juga begitu dahulu, pelik apabila melihat najis anak ibu yang sulung.. hehehe


Ianya adalah normal bagi setiap bayi yang baru lahir dan ianya dipanggil 'mekonium'.. Untuk pengetahuan ibu-ibu, itulah bentuk bahan buangan bayi ketika di dalam rahim.. Ianya adalah petunjuk yang baik kerana ini menandakan usus tiada gangguan dan dapat mengeluarkan najis dengan sempurna..

Kuning pucuk pisang gelap
Selepas 24 jam pertama bayi dilahirkan, semua mekonium telah dikeluarkan.. Ibu-ibu akan melihat perubahan pada warna najis si manja bertukar warna kuning pucuk pisang gelap..


Kadang-kadang, ada juga kemungkinan mengandungi sedikit kesan darah.. Ianya mungkin disebabkan bayi tertelan darah ibu semasa proses kelahiran.. Untuk lebih kepastian, simpan najis tersebut dan bawa untuk ditunjukkan kepada doktor..

Najis berwarna hitam
Sekiranya ibu-ibu memberikan bayi susu formula yang mengandungi iron-fortified atau vitamin jenis cecair yang mengandungi iron, kemungkinan najsnya akan berwarna hijau, kehijau-hijauan, coklat tua ataupun hitam..


Ada juga sesetengah bayi najisnya berwarna coklat tua, kehijau-hijauan atau hitam kerana tindak balas bakteria yang terdapat didalam ususnya serta pengambilan vitamin yang mengandungi zat besi sulfat..

Sekiranya bayi ibu-ibu mempunyai najis berwarna hitam tetapi tidak mengambil sebarang vitamin atau susu formula yang mengandungi iron, segeralah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut..

Berwarna kuning
Jika bayi mendapat sepenuhnya penyusuan susu ibu tanpa bercampur dengan susu formula, warna kuning ini adalah normal.. Ianya disebabkan oleh foremilk (susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmilk (susu dari belakang payudara ibu) yang bayi dapat dari penyusuan susu ibu sepenuhnya..


Ibu-ibu tidak perlu risau sekiranya najis cair.. Ini kerana bay mendapat penyusuan eksklusif daripada ibunya..

Ibu-ibu tidak perlu risau akan perubahan warna najis bayi.. Cuma jika terdapat perubahan tekstur seperti keras (sembelit) atau terdapat kesan darah, lekaslah bawa berjumpa dengan doktor..

Semoga perkongsian ini dapat membantu para ibu semua ye..

3 comments:

  1. nasib baik gambar ada cuma warna sahaja..saya baru sahaja breakfast pagi ini dan buat blogwalking kat sini..

    yalah kan..kita paling risau kalau anak kena sembelit..memang tak selesa jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. mencari jg gmbr, tp xjumpa.. jadi letak gmbr warna jela.. klau tak, mau HB tmuntah blk kn.. hehhe

      betul tu, tgk ank sembelit je mula la tak keruan dah..

      Delete
    2. yalah kan..kira nasib baik la tu..

      Delete