Sunday 5 July 2015

RESEPI NASI AYAM BONDA MERTUA GERENTI SEDAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Hari ni lewat sikit ibu update entry.. Hari ni ibu buat cerita santai-santai jela ye.. Esok kita sambung cerita pasal baby semula..

Kebetulan ibu masak Nasi Ayam untuk berbuka puasa hari ini, jadi mari ibu kongsikan resepinya.. Resepi Nasi Ayam ini ibu ambil dari mak mertua ibu.. Sedap ke? Korang cuba dulu, kalau sedap bagi tahu ibu ye.. Tapi bagi ibu, boleh dah kut nak buka kedai makan jual Nasi Ayam.. hehehe

CARA MEMASAK NASI AYAM BONDA MERTUA


BAHAN-BAHAN

¤ AYAM ¤
- Ayam (ibu gunakan 1/2 ekor)
- Kunyit 1/2 sudu kecil
- Garam secukup rasa



→ Ayam direbus dahulu lebih kurang 10 minit bersama bahan-bahan diatas..
→ Setelah siap, simpan air rebusan..
→ Ayam tersebut digoreng..

¤ Sup ¤
- Bawang merah (mayang)
- Bawang putih (mayang)
- Kiub knorr ayam
- Bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan pelaga
- Kaki dan tengkuk ayam (tak nak letak pun tak pe)
- Minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
- Air



→ Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau..
→ Masukkan bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan pelaga..
→ Masukkan air, kaki dan tengkuk ayam dan kiub knorr ayam..
→ Bila dah menggelegak, masukkan garam secukup rasa..
→ Biarkan seketika dan dah siap..

¤ Nasi ¤
- Beras 3cupak
- Planta @ marjerin
- Bawang besar
- Halia
- Air rebusan ayam


→ Mula-mula cairkan planta..
→ Setelah cair, tumiskan bawang besar didalam planta tadi sehingga naik bau..
→ Letakkan halia dan air rebusan ayam..
→ Apabila air rebusan tersebut telah mendidih, masukkan beras..
→ Biarkan sehingga nasi masak..


* Ibu masak atas dapur dahulu, baru diangkat masak menggunakan rice cooker semasa masak nasi.. Jika air rebusan terlalu sedikit, tambahkan sedikit air..

¤ Sambal ¤
- Lada besar 5 batang
- Bawang putih 7 biji
- Limau nipis 1 biji
- Garam dan gula secukup air
- Air masak sedikit sahaja


→ Masukkan kesemua bahan-bahan diatas kedalam blender dan limau nipis itu diperah..
→ Blendkan sehingga halus..
→ Boleh dihidangkan..


* Air jangan terlalu banyak, kalau cair tak sedap.. Air kicap ibu tak buat sebab ibu suka campurkan kicap dengan sambal masa nak makan..


Selamat untuk dihidangkan.. Selamat mencuba ya kawan-kawan..

1 comment:

  1. Wah...macam sedap je...ada masa nant nak try la...

    ReplyDelete