Friday 1 May 2015

BAGAIMANA MAHU MEMILIH MINYAK IKAN TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK??

Ibu-ibu pasti tercari-cari produk ape yang sesuai untuk diberikan pada anak-anak kan? Terutama anak-anak yang sedang bersekolah.. Pasti ibu-ibu pernah mendengar tentang kebaikan minyak ikan kan? Tapi macam mana kita nak tahu minyak ikan itu, terbaik untuk anak-anak kita??


Jika dilihat difarmasi, ada banyak jenis minyak ikan pelbagai jenama.. Tapi nak dapatkan yang betul-betul berkualiti, yang terbaik untuk anak-anak, kita perlulah membuat sedikit research tentang minyak-minyak ikan yang dijual.. Kita perlu pentingkan kualiti berbanding harga yang murah atau mahal..

Disini, ibu akan kongsikan kualiti Omega Guard daripada Shaklee.. Tentang produk lain, ibu-ibu boleh cuba research dan bandingkan dengan produk Shaklee.. 


MINYAK IKAN SHAKLEE - OMEGA GUARD


Omega Guard diekstrak dari ikan laut dalam seperti ikan sardin, ikan mackerel, ikan herring dan ikan anchovies di perairan negara Jepun.. Omega Guard juga diperbuat dari minyak ikan tulen dan bukannya dari hati minyak ikan.. Minyak ikan Shaklee mempunyai ketumpatan 3 kali lebih dari hati minyak ikan (sesetengah produk menggunakan hati minyak ikan)..

Untuk menjadikan minyak ikan itu tulen, Shaklee membuat penyulingan 3 peringkat dimana minyak ikan tersebut tiada langsung campuran bahan lain yang boleh membahayakan kesihatan kita dalam jangka masa panjang.. 

Penyulingan 3 peringkat ini juga dapat menapis logam, plumbum, merkuri dan lain-lain yang boleh membahayakan kesihatan kita jika dimakan dalam jangka masa yang lama.. 


PERBEZAAN MINYAK IKAN SHAKLEE VS MINYAK IKAN LAIN


Berbanding dengan produk minyak ikan lain yang berada dipasaran, Omega Guard mengandungi rangkaian spectrum penuh jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA..

Kebanyakan minyak ikan lain akan melaui kaedah penyulingan tahap tekanan yang tinggi namun kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien penting, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang boleh membahayakan kesihatan..

Minyak ikan yang tidak ditapis dengan sebaik mungkin akan mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik)


KELEBIHAN MINYAK IKAN SHAKLEE


Omega Guard mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan.. Manfaat Omega Guard ialah...


  • ASID LEMAK
Omega 3 adalah sejenis asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita maka kita perlu mengambilnya dari sumber makanan.. Omega 3 boleh diambil daripada 2 sumber iaitu sumber tumbuhan dan sumber haiwan (ikan laut dalam)..
Namun omega 3 dari asas tumbuhan tidak dapat ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh tubuh.. Jadi dari sumber ikan laut dalam adalah yang terbaik untuk kita..
  • MENCEGAH PENYAKIT SALUR DARAH DAN STROK
DHA dan EPA yang terkandung didalam Omega Guard mampu menentang thrombosis, tekanan darah tinggi dan kepekatan saluran darah agar peredaran darah yang lebih lancar.. 
Disebabkan itu, ia sangat efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah yang normal serta ketenangan dileher atau sakit kepala.. 
Selain itu, Omega Guard juga dapat merendahkan kolestrol, trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung..
  • MEMBANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN OTAK ANAK
Omega adalah 'makanan' otak.. Omega mengandungi DHA yang merupakan nutrien penting kepada otak, sistem saraf dan retina.. Ibu hamil dan ibu menyusu amat disarankan mengambil Omega Guard kerana dapat menyalurkan sumber DHA kepada janin dan anak yang menyusu.. 
DHA amat penting di awal 3bulan kehamilan kerana ketika itu, otak janin sedang berkembang dengan pesat.. Anak yang menyusu susu ibu dapat sumber DHA melalui susu ibu.. 
DHA dapat meningkatkan keupayaan ingatan, pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine..
  • MENINGKATKAN SISTEM IMUN DAN MENYIHATKAN PARU-PARU
Omega Guard mampu mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang..
  • MENENTANG KANSER
Kajian telah menunjukkan bahawa Omega 3 dapat menentang kanser seperti paru-paru, payudara, prostat dan kolon.. 
Omega juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membaantu pancreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif..
  • MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI (ARTHRITIS)
Paras asid lemak omega 3 dapat larut dalam tisu rawan dan boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.. Dengan itu, ia dapat mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif..
  • MENCEGAH INSOMNIA DAN MENGURANGKAN TEKANAN
Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia..

KAITAN IKAN LAUT DALAM DENGAN OMEGA GUARD



Pada tahun 1970, terdapat seorang saintis Amerika iaitu pemenang Nobel Price telah menemui satu rahsia besar berkaitan penduduk Eskimo.. Rahsia besar tersebut ialah penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran dan pemakanan yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza..

Penduduk Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghadapi sebarang masalah penyakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis.. Sudah tentulah sumber makanan utama penduduk Eskimo ini adalah ikan laut dalam atau cold water.. 


Manakala, penduduk Eskimo yang menetap di Amerika Utara pula bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka adalah daging yang mengandungi banyak kolestrol malah mereka juga menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung..

Penyelidikan lebih lanjut terhadap ikan laut dalam atau cold water mendapati ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi.. 

Selain itu, ia juga mengandungi EPA dan DHA yang membantu merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, mengurangkan masalah penyakit lelah dan alahan kulit dengan sangat berkesan..

SYURGA BAGI IKAN LAUT DALAM


Korang jangan tak tahu, ikan juga mempunyai syurga mereka.. Kapal-kapal karam adalah syurga buat ikan-ikan laut dalam kerana terdapat makanan mereka disitu seperti alga-alga dan seribu satu makanan ikan-ikan tersebut.. Disebalik syurga ikan ini, terdapat satu keburukan tentang kapal-kapal karam ini..



Disebabkan kapal-kapal ini terlalu lama berada didalam laut, ianya akan menjadi karat malah tidak kurang juga terdapat minyak-minyak yang bocor.. Apabila ikan-ikan tersebut makan makanan yang terdapat pada kapal itu, ianya juga pasti akan menelas sekali sisa-sisa karat, plumbum, merkuri, arsenik dan lain-lain juga..

Disebabkan itulah amat pentingnya menjalani penyulingan 3 peringkat bagi membuang segala bahan-bahan merbahaya yang telah ditelan oleh ikan-ikan tersebut..

MENGAPA PERLU MEMILIH MINYAK IKAN YANG BERKUALITI??


Disebabkan itulah ibu menyuruh ibu-ibu membuat research dahulu sebelum membeli mana-mana produk terutamanya supliment yang akan menjadi darah daging kita.. Jika bahan yang terkandung didalam produk tersebut merbahayakan tubuh kita untuk jangka masa panjang, apa agaknya akan terjadi pada kesihatan kita kemudian hari? Terutama pada anak-anak kita..


Untuk mendapatkan minyak ikan yang berkualiti, ianya perlulah dari minyak ikan tulen dan bukannya dari minyak hati ikan.. Untuk pengetahuan ibu-ibu, minyak ikan Shaklee adalah ultra tulen bergred farmaseutikal kerana melalui penyulingan 3 peringkat tersebut..

Sekarang, pilihan terletak ditangan ibu-ibu untuk memilih yang mana terbaik untuk anak-anak ibu semua.. Semoga info yang ibu kongsikan ini dapat membantu ibu-ibu mahupun ayah-ayah semua.. Sekiranya berminat, bolehla menghubungi ibu..


Whatsapp - 0179563621

3 comments:

  1. kasihan juga ikan tu ..makan makanan yang tercemar..

    manusia yang salah betul tak..

    tapi manusia mempunyai kurnia akal yang terbaik untuk atasi apa jua masalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga kan.. sepatutnya ditukar pada tukun tiruan yg dibuat oleh manusia sndri.. lbh selamat..

      Delete
  2. Buat 0 tahun juga bisa dikasih minyak ikan untuk anak Tara Kid. Selain bagus untuk tumbuh kembang bagus juga untuk otak

    ReplyDelete