Saturday, 4 July 2015

5 PERKARA PENTING DALAM PEMILIHAN NAMA ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu dan ayah.. Adakah ibu dan ayah sedang menantikan kelahiran orang baru di dalam keluarga anda? Mungkin cahaya mata yang pertama dan memang dinanti-nantikan oleh ahli keluarga kalian?

Pasti ibu dan ayah sudah buat beberapa list nama untuk diberikan kepada anak yang bakal dilahirkan nanti.. Untuk memilih nama anak bukanlah sesuatu yang sukar.. Tetapi semasa memilih nama anak, ibu dan ayah perlu menitik berat beberapa perkara..


Orang tua-tua dulu kata nama anak jangan berat dan jika tidak sesuai anak akan selalu menangis.. Terpaksa kita menukar semula nama anak.. Betul ke tidak wallahualam..

Ayuh kita lihat apakah perkara yang perlu dititik beratkan semasa memilih nama anak..

PANDUAN PEMILIHAN NAMA ANAK


1Nama Anak Itu Doa
Orang kata, nama yang baik mencerminkan diri seseorang itu.. Jadi ibu dan ayah pilihlah nama anak yang mempunyai maksud yang indah-indah.. Nama itu adalah doa kita pada anak-anak..


Kerana itulah kita sebagai ibu ayah perlu memilih nama yang mempunyai maksud yang baik-baik.. Tidak perlu mengikut orang meletak nama anak yang pelik-pelik tetapi tidak punya maksud..

Ibu dan ayah boleh memilih nama anak yang terdapat didalam buku koleksi nama-nama pilihan.. Didalam buku ini ada menyatakan maksud bagi setiap nama yang dipilih..

2Nama Anak Lelaki dan Perempuan
Sekiranya ibu dan ayah belum mengetahui jantina anak yang dikandung, seeloknya pilihlah 2 nama sekali gus..

Ini kerana terdapat kes dimana ujian imbasan yang dilakukan mengatakan bayi perempuan, tetapi yang lahir adalah anak lelaki (ibu lah tu, hehehe).. Jadi, apabila kita sudah ada nama kedua-dua jantina senang untuk kita terus berikan nama pada anak tanpa perlu kelam kabut mencari nama baru..


3Jangan Terlalu Panjang
Perlu diingatkan kepada ibu dan ayah.. Janganlah memberi nama anak terlalu panjang kerana ini akan menyukarkan pemilik nama itu sendiri malah susah hendak mengingatinya..

Nama yang terlalu panjang akan menyukarkan pemilik dalam sebarang urusan yang melibatkan penama untuk mengisi borang, terutamanya semasa urusan rasmi..

Sekiranya anak itu perempuan, ini akan menyukarkan bakal suaminya ketika akad nikah kerana perlu menarik nafas yang panjang dan perlu melafazkan dengan sekali lafaz.. Ahli keluarga anda juga mungkin sukar untuk mengingati nama anak anda..

4Ejaan Yang Betul
Apabila nama anak telah dipilih, pastikan ejaan nama anak betul.. Ini supaya nama anak disebut dengan tepat dan tidak sukar untuk menyebutnya..

Sekiranya ejaan atau sebutan nama anak salah, dibimbangi nama itu akan memberi maksud yang berbeza.. Oleh itu, elakkan memilih nama anak yang sukar disebut dan sukar dieja..

5Masa Sesuai Memilih dan Memberi Nama
Dalam tempoh 9 bulan kehamilan sudah memadai untuk ibu dan ayah mencari dan memilih nama anak.. Jadi, untuk pemberian nama anak boleh mengikut sunnah nabi..

Di dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu untuk memberi nama anak.. Ibu dan ayah boleh memilih untuk memberi nama anak pada hari pertama kelahirannya atau dalam masa 3 hari pertama ataupun pada hari ke-7 kelahirannya.. Pilihlah mana-mana yang digemari oleh ibu dan ayah..

Berikut adalah panduan untuk memilih nama kepada anak yang bakal dilahirkan.. Semoga panduan ini akan memudahkan ibu dan ayah, terutamanya bagi yang baru bergelar ibu dan ayah..

Friday, 3 July 2015

PENCUCI SERBAGUNA BASIC H yang MENJADI KEGILAAN IBU MODEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu-ibu semua.. Ibu nak tanyalah, sekarang ini ibu-ibu pakai pencuci serbaguna jenama apa? Ada tak rasa pedih, kering atau gatal-gatal lepas menggunakan pencuci serbaguna itu? Mungkin terdapat bahan bertoksin yang merengsakan tangan ibu-ibu..


Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin bahan pelarut sintetik, bahan pelarut organik (butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin), Morfolin dan Ammonia.. Kesemua bahan ini boleh meresap kedalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan..

Berbeza dengan Basic H, dimana pencuci ini diperbuat daripada ramuan semulajadi yang diekstrak daripada Jagung dan Kelapa.. Basic H juga tidak mengandungi bahan pewarna, tanpa fosfat, bebas bahan toksik dan biorosot.. Ianya juga selamat untuk sistem septik dan pembentungan..

KENAPA BASIC H MENJADI PILIHAN IBU-IBU?


Namanya pun pencuci serbaguna kan? Sudah tentulah pelbagai kegunaan yang boleh digunakan dengan Basic H ini.. Dari perkakasan dapur, bilik air, lantai, cermin dan tingkap rumah, kasut sekolah anak, pencuci kereta dan lain-lain lagi.. Terlalu banyak yang boleh digunakan dengan Basic H ini..

Basic H juga berkuasa dalam menghilangkan kesan gris, minyak, kesan contengan didinding, karat di sinki dan bermacam lagi.. Ibu akan kongsikan testimoni yang menggunakan Basic H sebagai pencuci serbaguna mereka..

TESTIMONI PENGGUNA MENGGUNAKAN BASIC H SEBAGAI PENCUCI SERBAGUNA
















Terdapat juga segelintir ibu-ibu moden termasuklah ibu sendiri menggunakan Basic H sebagai penurun suhu badan anak ketika demam..

Kami membancuh Basic H dan mandikan mereka dengan bancuhan tersebut.. Kami juga demah kepala anak dengan bancuhan Basic H.. Cara ini memang membantu menurunkan suhu badan anak dengan cepat..

Banyak kebaikan dan kegunaan Basic H ini.. Jika ibu-ibu mahu membeli Basic H ini, jangan segan silu untuk menghubungi ibu ye..

Whatsap Ibu Ieda - 0179563621

BAGAIMANA MAHU SAMBUT BAYI IKUT CARA ISLAM??

Assalamualaikum ibu-ibu semua.. Adakah ibu-ibu sedang hamil dan mungkin sedang menunggu kelahiran bayi pertama anda? Bagaimana kita mahu menyambut bayi baru lahir mengikut cara islam? Mungkin ada antara ibu-ibu yang tidak tahu apa yang perlu dibuat bila bayi anda baru dilahirkan, betul tak?


Ini kerana terdapat sesetengah amalan telah dilupakan dan tidak lagi dilakukan dimasa kini.. Jadi untuk mengetahui bagaimana cara untuk sambut bayi cara islam, ibu akan kongsikan disini..

7 AMALAN SAMBUT BAYI CARA ISLAM


1Azan
Pertama sekali yang perlu dilakukan oleh ayah setelah bayi dilahirkan adalah AZAN.. Ayah perlu mengazankan ditelinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telingan kiri bayi..

Sabda Rasullallah SAW bermaksud "Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan ditelinga kanannya dan iqamat ditelinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada gangguan syaitan".


Terdapat segelintir mengatakan bahawa apa sahaja yang menakutkan anak dan ada juga yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.. Sunat juga untuk dibacakan "Aku memohon perlindungan daripada Engkau, diri anak ini dan zuriat keturunan kelak daripada syaitan..

2Menghebahkan Berita Gembira
Apabila bayi selamat dilahirkan, perlu untuk anda hebahkan berita gembira ini kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga..

Ini bertujuan untuk memberitahu bahawa anda gembira dengan anugerah Tuhan.. Bagi individu yang menerima berita kelahiran bayi, disunatkan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan bayi dan ibu tersebut..

3Nama Anak
Setelah dipersetujui untuk memilih nama yang telah dipilih, dapatkan nasihat terlebih dahulu berkaitan maksud dan sebutan nama anak..


Seeloknya nama yang telah dipilih tersebut diisytiharkan pada hari ke-7 semasa melakukan akikah..

4Tahnik
Mungkin terdapat segelintir ibu-ibu yang tidak mengetahui apa itu TAHNIK.. Tahnik atau dipanggil belah mulut hendaklah dilakukan kepada bayi baru lahir..


Caranya adalah mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk lalu dimasukkan dalam mulut bayi dan digerakkan perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi sehingga ke rongga tekak bayi..

Amalan ini secara tidak langsung dapat menguatkan saraf-saraf yang terdapat didalam mulut bayi..

5Cukur Rambut
Amalan mencukur rambut bayi baru lahir ini digalakkan dilakukan selepas 7 hari kelahirannya..


Manakala disunatkan untuk bersedekah kepada fakir miskin mengikut berat rambut yang dicukur dengan perak mengikut timbangan emas..

6Akikah
Akikah ini bertujuan untuk meraikan kelahiran bayi dan memberitahu kepada orang ramai tentang kelahiran bayi ini.. Majlis ini juga diharap dapat mengeratkan silaturrahim sesama jiran, keluarga dan saudara mara..

Kebiasaannya akikah ini akan mengorbankan seekor kambing untuk anak perempuan dan 2 ekor kambing untuk anak lelaki.. Ataupun seekor lembu dikongsi 7 bahagian.

7Khatan
Jika dahulu anak perempuan akan disunatkan ketika masih bayi manakala anak lelaki akan disunatkan ketika berumur 7-12 tahun..


Namun trend terkini, ramai ibu bapa yang khatan anak mereka sebaik sahaja dilahirkan, tidak kira anak lelaki ataupun perempuan.. Tujuan berkhatan ini adalah untuk menjaga kebersihan dan mengelakkan sebarang penyakit..

Beginilah caranya menyambut bayi mengikut cara islam.. Semoga ilmu ini dapat membantu memudahkan para ibu dan ayah dalam menyambut kedatangan orang baru.. Tahniah juga diucapkan kepada ibu dan ayah yang baru menyambut kelahiran cahayamata..

Thursday, 2 July 2015

MINUMAN APA YANG SESUAI BAGI PADA ANAK-ANAK??

Air merupakan komponen penting bagi tubuh kita kerana hampir setiap fungsi utama tubuh memerlukan air.. Selain daripada membawa nutrien dan oksigen dalam sel, air juga berfungsi menyelaraskan suhu badan kita.. Disamping itu, air juga berperanan dalam melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu tubuh..


Untuk pengetahuan anda, manusia dapat hidup lebih kurang 8 minggu tanpa makanan tetapi dalam masa 3 hari manusia akan mati tanpa air minuman.. Kebiasaannya orang dewasa memerlukan air antara 8 hingga 12 gelas sehari.. Berbeza dengan kanak-kanak dimana mereka memerlukan jumlah air bergantung kepada umur, berat dan aktiviti yang dilakukan..

Bagi bayi yang belum diperkenalkan dengan makanan pejal, mereka tidak memerlukan minuman tambahan lain selain daripada susu ibu atau susu formula.. Kandungan air yang terdapat didalam susu ibu lebih kurang 88 peratus air dan jumlah ini sudah cukup untuk menampung keperluan air bagi tubuh bayi walaupun ketika cuaca panas..


Jika ibu-ibu nak tahu, memberi anak-anak yang berumur dibawah 6 bula. minum air ianya boleh menyebabkan mengganggu keupayaan tubuh mereka untuk menyerap nutrient yang terkandung didalam susu ibu ataupun susu formula..

Selain itu, ianya boleh menyebabkan perut anak anda penuh dan mengganggu selera nakan mereka.. Terdapat juga kes dimana bayi mengalami keracunan air akibat minum terlalu banyak air.. Ini kerana buah pinggang mereka masih belum matang..

Sekiranya kita memberi mereka terlau banyak air, ini akan menyebabkan tubuh mereka melepaskan sodium bersama-sama air yang berlebihan.. Kehilangan sodium boleh mengganggu aktiviti otak.. Petanda awal berlakunya keracunan air ialah mudah meradang, pening kepala dan perubahan mental yang lain..

5 INFO MINUMAN BAIK BURUK UNTUK KANAK-KANAK


1Susu Lembu
Susu lembu segar tidak sesuai diberikan kepada bayi dibawah umur 1 tahun.. Ini kerana susu lembu ini tidak mengandungi zat besi dan nutrient lain yang mencukupi untuk bayi..


Selain itu, susu lembu segar mengandungi terlalu banyak garam dan protein.. Meskipun begitu, anda boleh memasukkan susu lembu kedalam masakan untuk bayi berumur 6 bulan keatas..

2Susu Formula
Sekiranya anda ingin menggantikan susu ibu, pilihlah susu formula yang dihasilkan daripada susu lembu ataupun susu dari sumber lain yang dicadangkan oleh pakar pediatrik..


Ibu-ibu disarankan untuk memberi anak-anak susu formula sehingga anak berusia 1 tahun keatas.. Ibu-ibu juga perlu menukar susu formula mengikut peringkat umurnya..

3Susu Kambing
Susu kambing tidak digalakkan untuk diberikan kepada bayi yang berusia kurang 1 tahun.. Hal ini kerana susu kambing tidak mengandungi nutrien dan zat besi secukupnya yang diperlukan oleh bayi..


Sekiranya ibu-ibu ingin juga memberikan susu kambing kepada anak-anak, ibu-ibu perlulah menunggu mereka berusia 1 tahun keatas dan pastikan susu tersebut dipasteur..

4Air Kosong
Apabila anak sudah mula makan 3 kali sehari, mereka memerlukan lebih banyak air.. Susu ibu atau susu formula sahaja tidak memadai untuk mereka.. Air kosong adalah yang terbaik untuk anak anda ketika ini..


Oleh demikian, berikanlah anak anda air kosong menggunakan cawan ketika waktu makan.. Namun, ibu-ibu perlu memastikan air yang diberikan kepada anak telah dimasak terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan..

5Jus Buah-buahan
Jus buah-buahan terutama jus oren sangat kaya dengan vitamin C.. Namun anda perlu berhati-hati jika memberikan jus buah-buahan kepada anak-anak.. Ini kerana kandungan gula dan sifat asidnya boleh menyebabkan masalah pereputan gigi..


Sebenarnya, anak tidak perlukan jus buah-buahan tetapi sekiranya ibu-ibu masih mahu berikan anak-anak jus buah-buahan perlulah mengikut nisbah ini.. Jus tersebut perlulah dicairkan dengan nisbah 1 bahagian jus dicampurkan dengan 10 bahagian air kosong..

MINUMAN TIDAK SESUAI UNTUK BAYI dan KANAK-KANAK


Terdapat juga minuman yang tidak boleh diberikan kepada anak-anak.. Antara minuman tersebut adalah :

●● Minuman turunkan berat badan
○○ Minuman manis
●● Minuman berkarbonat
○○ Susu berperisa
●● Minuman herba
○○ Teh
●● Kopi
○○ Minuman rendah kalori

Pilihlah dan berikanlah yang terbaik untuk anak anda.. Kesihatan mereka lebih penting untuk melihat mereka membesar dengan sihat..

1gram EMAS sebagai HADIAH CONTEST?? SIAPA TAK NAK KAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Bulan Julai ini kami dikejutkan dengan 1 contest yang mana semua berebut nak join!! Mana tidaknya, contest itu menawarkan hadiah 1gram EMAS.. Best ke tak best?? Mestilah best, emas kan siapa lah tak nak..


Tapi, nak dapatkan 1gram EMAS ini bukanlah mudah, ada syaratnya.. Tapi bagi kami group WAHMillionaire syaratnya mudah saja sebab kami dah pernah laluinya sama seperti syarat yang ditetapkan.. Mudah tak mudah pun tetap kena struggle juga!!

Antara syarat-syaratnya adalah :

☆★ Update entry 2 kali sehari
♥♡ Share entry di g+
♧♣ Share entry ke facebook (page & wall)
★☆ Share entry ke group-group blogger
♡♥ Share entry ke group iklan
♣♧ Share entry ke Shaklee Golden Loudge (SGL)
☆★ Share entry ke group perbincangan seperti Group Ibu Menyusu
♥♡ Blogwalking ke 10 blog untuk 1 entry (means 20 blog 1 hari)

Semua tugasan ini perlu di screenshot kan untuk bukti yg kita dah buat kerja-kerja kita.. Susah ke bagi korang?? Bagi ibu tak susah kalau kita nak kan??

Sebenarnya, contest ini bukanlah semata-mata untuk memenangi 1gram EMAS tetapi untuk kepentingan blog kita juga.. Kalau sebelum ni mungkin update blog 1 minggu sekali, tak pun sebulan sekali, malah mungkin juga setahun sekali.. Betul tak??


Jadi daripada dibiarkan blog kita bersawang, penuh dengan habuk, tetamu pun tak sudi nak jenguk malah di anak tirikan oleh google, ada bagusnya sertai contest sebegini..

Ibu berharap, kawan-kawan ibu yang menyertai contest ini akan turut sama-sama mendapat hadiah 1gram EMAS yang ditawarkan.. Satu lagi, pemenangnya bukan hanya seorang sahaja yang dipilih tau, tapi mungkin 3 orang, 10 orang, 50 orang.. 

Kita tengok, siapa yang dapat bertahan selama bulan Julai ini!! Tuah ayam nampak dikaki, tuah empunya blog siapa yang tahu kan??

Wednesday, 1 July 2015

5 MENU TERBAIK PERLU ADA DALAM MAKANAN HARIAN ANAK ADHD!!

Apa itu ADHD?? ADHD atau dalam ayat penuhnya Attention Deficit Hyperactivity Disorder adalah satu kecelaruan tingkah laku yang sering terjadi pada kanak-kanak..


Tanda-tanda yang boleh kita lihat bila anak mempunyai masalah ADHD ialah mereka kurang tumpuan terutamanya ketika belajar, hiperaktif dan menurut kata hatinya sendiri..

Bagi memastikan mereka dapat membesar seperti kanak-kanak normal, pemakanan seimbang sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan mereka..

Kekurangan zat makanan juga mengganggu tahap konsentrasi dan kecerdasan kanak-kanak.. Selain itu, mereka juga boleh menjadi terlampau aktif..


Menu Diet Harian Anak ADHD


Bagi memastikan mereka mendapat khasiat dan zat secukupnya, ibu-ibu perlu memastikan diet harian mereka mengandungi :

1Zat Besi
Zat besi penting didalam tubuh kita terutama anak-anak kerana ianya membantu menghasilkan sel darah merah, mengangkut oksigen dalam darah dan menyalurkan kedalam sel-sel tubuh.. Sekiranya anak-anak kekurangan zat besi didalam badan mereka, boleh menyebabkan anemia, lesu, gelisah dan ADHD..

Kanak-kanak yang mengalami masalah anemia akan berasa cepat bosan dan kurang bermotivasi unuk melakukan tugasan yang mencabar intelektual.. Untuk itu, ibu-ibu perlu memastikan anak cukup mendapat sumber zat besi didalam hidangan harian mereka..


Hidangkan bijirin yang diperkaya dengan zat besi untuk sarapan mereka.. Selain itu, didalam hidangan lain ibu-ibu perlu memastikan daging merah, ikan tuna dan ayam berada dalam hidangan mereka sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.. Pastikan juga mereka mengambil sayuran hijau seperti brokoli dan kekacang..

2Asid Lemak
Ă€sid lemak ini bukan hanya sekadar untuk tumbesaran kanak-kanak tetapi ianya juga membantu dalam perkembangan minda.. Otak dan sel saraf mengandungi asid lemak tak tepu berantai panjang (LCPs) yang sangat tinggi..

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Arakidonik (AA) adalah komponen utama LCPs.. DHA merupakan komponen utama dalam tisu otak dan retina mata manakala AA pula terdapat membran sel tubuh yang diperlukan bagi menghantar mesej sepanjang saraf dan fungsi ingatan yang normal..


Selain itu, AA juga membantu dalam perkembangan penglihatan, keupayaan belajar dan koordinasi.. Boleh dikatakan DHA dan AA adalah makan untuk otak.. Disebabkan itu, sangat digalakkan ibu bapa untuk memberi makanan yang kaya dengan DHA dan AA kepada anak-anak..

Minyak ikan tuna dapat membantu dalam perkembangan mata dan otak yang optimum sekaligus merangsang proses pembelajaran yang lebih baik..

3Asid Folik
Selain DHA dan AA, asid folik juga dianggap sebagai makanan otak.. Ianya sangat penting didalam pembentukan dan kematangan sel-sel darah merah dan putih.. Apabila kanak-kanak kekurangan asid folik didalam tubuh, mereka akan mudah letih, bersikap tidak peduli dan pelupa..


Bagi memastikan masalah ini tidak terjadi kepada anak kesayangan anda, berikanlah mereka makanan yang tinggi kandungan asid folik.. Antara makanan yang mengandungi asid folik adalah seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin..

4Vitamin B Kompleks
Terdapat 8 jenis vitamin B yang terdapat didalam Vitamin B Kompleks iaitu Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Asid (B5), Pyridoxine (B6), Cyanocobalamin (B12), Biotin (B7) dan Asid Folik (B9)..

Vitamin-vitamin ini sangat membantu dalam memperbaiki aktiviti saraf dan mengurangkan tekanan yang sememangnya sangat bermanfaat kepada kanak-kanak ADHD..

Sangat penting bagi anda untuk memasukkan hidangan makanan yang mengandungi vitamin-vitamin tersebut didalam menu harian anak-anak.. Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah hati, bijirin, nasi, kekacang, susu, telur, daging, ikan, sayuran hijau dan buah-buahan..

5Kalsium
Seperti ibu-ibu dan ayah-ayah tahu, kalsium sangat membantu dalam pertumbuhan tulang dan gigi yang sihatdan kuat..

Tetapi, tahukah anda bahawa kalsium juga menyokong sel-sel membrandan membantu sistem saraf terutamanya dalam penghantaran gerak hati (impulse) dimana boleh mengawal tingkah laku kanak-kanak ADHD..

Susu dan produk tenusu adalah sumber utama kalsium.. Malah, kalsium juga boleh didapati didalam sayuran hijau dan bijirin.. Maka, berilah anak anda minum susu dan makan banyak sayuran hijau..


Semoga artikel ini dapat membantu ibubapa yang mempunyai anak ADHD..

Resepi Ayam Percik Sedap dan Enak

Baru-baru ini, ibu teringin nak makan ayam percik.. Tapi malas nak pergi bazar ramadhan.. Jadi ibu nak try buat sendiri ayam percik ni..

Tak susah rupanya nak buat ayam percik ni.. Bahan-bahannya pun mudah dan simple je.. Ni first time ibu buat ayam percik tau!! Mudah sangat.. Suami dan anak-anak ibu pun suka..

Mari ibu kongsikan resepi ayam percik ini..

Bahan-bahannya :

¤ Bahan Perap ¤
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Kunyit
- Garam

Ibu tak perap tapi ibu rebus ayam bersama bahan perap itu.. Sebabnya, jika perap dan nak panggang ayam tu nanti risau dalamnya tak masak.. Lagi satu, ibu malas nak tunggu lama-lama masa nak panggang ayam tu nanti..

¤ Bahan Kuah Percik ¤
- Bawang besar*
- Bawang putih*
- Halia*
- Serai* (3btg)
- Cili boh
- Asam keping
- Serai (titik)
- Santan
- Minyak
- Garam dan gula secukup rasa

Bahan yang bertanda * diblendkan sehingga halus..

Cara Memasaknya :

1- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah diblendkan tadi..

2- Setelah bahan tumis naik bau, masukkan cili boh, asam keping dan serai yg dititik kedalam kuali..

3- Setelah agak kering sedikit bahan tadi, masukkan pula santan ke dalam masakan tadi.. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah..

4- Sambil mengacau kuah percik itu, anda boleh la panggang ayam yang direbus bersama bahan-bahan perap tadi..

5- Setelah kuah percik nampak pekat dan sedikit kering, boleh la digaul bersama ayam yang dibakar tadi..

6- Siap untuk dihidangkan..



Mungkin cara orang lain tak sama macam ibu masak, tapi bagi ibu cara ni dah cukup sedap dan suami ibu yang kuat komplen tu pun cakap sedap.. Ok lah.. Selamat mencuba ya kawan-kawan..